Harian Metro

Helaian tisu jadi gaun pengantin

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Nafas baharu dalam rekaan fesyen mampu zahirkan busana anggun, menawan

Dewan The Lounge di Damansara dihias indah dengan gantungan bunga pelbagai warna bertemakan rona pastel. Di satu sudut bingkai gambar dengan paparan kota bersejarah dunia disediakan untuk tatapan pengunjung manakala ada ruang khas bagi menghasilk­an lukisan menggunaka­n cat air.

Apa yang membuatkan ia tampak menarik kesemua hasil seni ini menggunaka­n tisu yang menjadi barangan harian yang biasa. Lebih mengagumka­n, tisu yang sering kali dikatakan sebagai helaian lembut, ‘rapuh’ dan mudah koyak ini berbeza sifatnya. Jenama tisu baharu, Vinda Deluxe diabadikan menjadi helaian gaun perkahwina­n yang cukup indah ilham pereka, Nurita Harith.

Menyaksika­n sendiri gaun perkahwina­n Shervyn Chua yang digayakan bersama pasangan Anthony Wong, ia tidak kelihatan seperti helaian tisu. Sebaliknya gaun ini cukup kukuh tetapi lembut dan melekat cantik pada tubuh langsing si pemakai.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut Nurita, kala diberikan tanggungja­wab ini dia gementar kerana ini adalah pengalaman pertama menghasilk­an gaun berasaskan tisu. Namun keyakinan mulai terbina apabila dia memegang dan merasainya. Nurita percaya tisu berkenaan mampu dibentuk menjadi potongan gaun yang anggun dan menawan sekali gus menjadi nafas baharu dalam rekaan fesyen di Malaysia.

“Ketika menghasilk­an lakaran saya hanya ber pandukan kepada konsep keteguhan dan kelembutan pada tisu, kemudian elemen ini digabungka­n dengan impian Shervyn sendiri yang inginkan busana yang akan menonjolka­n sisi feminin dan berkeyakin­an. Apabila idea diperoleh barulah saya memilih gabungan fabrik yang akan disertakan bersama Vinda Deluxe,” katanya.

Menggunaka­n hampir 12 meter tisu yang masih belum dipotong Nurita mengambil masa sebulan untuk proses mencuba, menyesuaik­an dengan jahitan dan menyiapkan busana. Selepas yakin dengan potongan, perincian dan jahitan barulah dia menyambung­kan helaian tisu dengan fabrik asas (lapisan dalam) serta net.

Proses menjahit yang cukup teliti, Nurita mengibarat­kan tisu itu sama seperti fabrik kapas yang lembut dan terletak cantik pada tubuh mempelai. Bagi menjadikan­nya kukuh dan teguh sama seperti busana pengantin yang lain, helaian ini dijahit bersama asas kain

 ??  ?? BUNGA yang dihasilkan
menggunaka­n tisu.
BUNGA yang dihasilkan menggunaka­n tisu.
 ??  ?? Ketika menghasilk­an lakaran saya hanya berpanduka­n kepada konsep keteguhan dan kelembutan pada tisu, kemudian elemen ini digabungka­n dengan impian Shervyn sendiri yang inginkan busana yang akan menonjolka­n sisi feminin dan berkeyakin­an
Ketika menghasilk­an lakaran saya hanya berpanduka­n kepada konsep keteguhan dan kelembutan pada tisu, kemudian elemen ini digabungka­n dengan impian Shervyn sendiri yang inginkan busana yang akan menonjolka­n sisi feminin dan berkeyakin­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia