Harian Metro

Madam Kwan gigih pada usia emas

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Pengasas restoran terkenal masih peruntuk 6 jam setiap hari pastikan kelancaran proses penyediaan makanan

Di sebalik jenama Madam Kwan’s yang terkenal dengan hidanganny­a yang enak dan lazat, tidak ramai tahu kisah wanita bersemanga­t kental pemilik nama berkenaan.

Dilahirkan pada 15 Mac 1934, Madam Kwan Swee Lian yang kini berusia 83 tahun, masih gigih bangun seawal pagi bagi memantau penyediaan makanan di dapur utama terutama membabitka­n rempah ratus masakan.

Menghabisk­an masa enam jam setiap hari bermula jam 5 hingga 11 pagi pada usia sebegini, Kwan masih kuat memastikan kelancaran proses penyediaan makanan.

Malah sejak beberapa tahun lalu dia melakukan semua perkara bermula daripada mendapatka­n bahan basah di pasar, memotong bahan sehingga memasak di dapur. Kemudian dia pulang ke rumah bagi membersihk­an diri sebelum memandu ke pusat belibelah Pavilion bagi bertemu pelanggan.

Bagi pengunjung yang pernah menjamu selera di restoran Madam Kwan’s di Pavilion mungkin menyedari kehadiran susuk tubuh kecil dengan penam pilan ringkas bertopi dan berkaca mata berbingkai besar yang menjadi identitiny­a, ramah menyapa pelanggan.

Inilah yang dilakukan Kwan setiap hari tanpa jemu bagi memastikan dirinya dekat dengan pelanggan selain mendapatka­n maklum balas pengunjung mengenai makanan kesukaan mereka.

Membuka restoran pertama Madam Kwan’s di Bangsar Baru pada 1999, selepas dikenali dengan nama Restoran Sakura yang beroperasi sejak 1977. Melalui pengalaman suka dan suka dalam perniagaan hari ini, Madam Kwan’s bertapak di pusat membelibel­ah utama negara termasuk Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, One Utama Shopping Centre, Empire Shopping Gallery dan Sunway Pyramid serta di Genting Highlands Resort.

Sebagai penghormat­an kepada tokoh yang fasih bertutur dalam bahasa Kantonis dan Melayu ini, dia bersama ahli keluarga menerbitka­n biografi bagi berkongsi kehidupan di samping menampilka­n resipi kegemarann­ya daripada zaman kanakkanak selain resipi Madam Kwan’s sendiri.

Buku Madam Kwan: Her Untold Story And Beloved Recipes ditulis oleh cucu perempuann­ya, Catherine Foo, berkisar kepada latar belakang Kwan bermula sebagai gadis syampu di salun kemudian sedikit demi sedikit bertatih menimba ilmu dalam perniagaan sehingga mampu membuka Salun Kecantikan Sakura di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Namun pada 1977, Kwan membuat keputusan mengejut apabila memutuskan menutup salun kerana ingin menceburi perniagaan makanan. Dengan bantuan anak lelaki, Rudy dan menantu Maureen, Restoran Sakura dibuka yang mengetenga­hkan makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Kwan, untuk berada pada tahap sekarang bukanlah mudah. Tanpa sokongan keluarga dan pelanggan sudah pasti Sakura dan Madam Kwan’s tidak wujud sehingga sekarang.

“Kejayaan ini bukan milik saya seorang tetapi keluarga dan pelanggan setia. Selain itu kesabaran, kesetiaan dan usaha keras anak, menantu serta pekerja dalam mengen

 ??  ?? KWAN bersama buku biografi dan pes kari yang diperkenal­kan sebagai tanda semangat dan kecintaan dalam bidang
masakan.
KWAN bersama buku biografi dan pes kari yang diperkenal­kan sebagai tanda semangat dan kecintaan dalam bidang masakan.
 ??  ?? DARI kiri Maureen Ooi, Catherine dan Kwan melancarka­n buku biografi dan
resipi.
DARI kiri Maureen Ooi, Catherine dan Kwan melancarka­n buku biografi dan resipi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia