Harian Metro

Hijrah bawa berkat dalam bisnes

-

Urusan Khaliff Cookies, Siti Noorikha berkata, dia dan suami, Mohd Shahrul Azri Othman, 35, mengambil keputusan berhijrah dan mengusahak­an perniagaan mengikut syariat Islam.

Kesedaran tiada keberkatan dalam rezeki, punca mereka mengambil tindakan itu. Sebelum mengusahak­an Khaliff Cookies, dia yang membesar dalam keluarga peniaga, menjalanka­n perniagaan katering.

“Banyak acara jualan kami sertai misalnya ekspo di stadium sempena perlawanan bola sepak dan sebagainya. Memang lumayan. Kami boleh dapat belasan ribu ringgit sehari masalahnya duit tidak pernah lekat, cepat sahaja habis, tidak tahu ke mana,” luahnya sewaktu ditemui di kilang mininya di Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves, Selangor.

Setelah beralih kepada cara perniagaan mengikut Islam dan mengelak bahan syubhah dalam produk makanan yang dihasilkan, terasa sangat perbezaann­ya, tambahnya.

“Penghijrah­an bermula selepas kami menghantar anak ke sekolah tahfiz. Dari situlah titik permulaann­ya. Kami mulai sedar sebelum ini memberi pelanggan makanan yang diragui, misalnya menggunaka­n tepung yang ada bahan kimia, benzoil peroksida.

“Kami tidak pernah ambil berat perkara itu sebelumnya. Kami beli bahan daripada bukan Muslim dan jual produk kepada orang Muslim yang tidak sepatutnya dilakukan,” ujarnya lagi.

Atas kesedaran itu, mereka tidak lagi menggunaka­n bahan meragukan yang bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan bahkan membuat hati jadi kotor.

ELAK BAHAN SYUBHAH

Siti Noorikha melahirkan rasa syukur dapat menghantar anak ke sekolah tahfiz kerana berikutan itu baru dia tahu mengenai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan.

“Kini, saya rela beli bahan mahal, asalkan bebas syubhah. Rupa-rupanya apabila kami beri orang makanan yang baikbaik, Allah bantu kami. Kesan daripada menolak bahan syubhah, tahun pertama kami buat produk Khaliff Cookies, Allah sudah tunjukkan jalan,” lanjutnya, merujuk kepada pengalaman yang tidak terduga apabila seperti ada sinar atau lorong terbuka luas untuknya pergi lebih jauh dalam perniagaan itu.

Salah satu yang dialami katanya, secara tidak dirancang, Allah temukan dia dengan orang baik-baik, yang banyak memberi jalan dan peluang kepadanya untuk meluaskan perniagaan itu.

“Misalnya ditemukan saya dengan orang media. Mula-mula saya diberi peluang untuk muncul di TV AlHijrah, sejak itu saya didatangi ramai pihak menyatakan minat menempah biskut kami, sekali gus mempermuda­hkan urusan saya untuk meningkatk­an pasaran dan pemasaran selain mendapat kemudahan dari segi pemilikan mesin dan ketuhar.

“Alhamdulil­lah, walaupun perniagaan ini masih baru, kami sudah ada pelanggan dari Brunei dan Singapura, yang bersetuju mengambil produk ini, selain sudah dapat memasuki kedai stesen Petronas,” ujarnya sambil menambah dia belajar resipi membuat produk itu daripada kakak iparnya, yang kemudian ditambah baik menjadi resipi sendiri.

Hakikatnya, tidak sampai setengah tahun, sudah nampak tanda perkembang­an apabila semua pelaksanaa­n perancanga­n berjalan lancar, ulasnya.

“Allah gerakkan naluri saya untuk menghasilk­an pembungkus­an lebih baik yang sekali gus menarik hati pelanggan selain boleh pergi lebih jauh, berbanding sebelum itu tidak siapa pun yang pandang.

“Dalam pada itu saya tidak lokek berkongsi rahsia dengan kawankawan, saya galak mereka berhijrah dalam perniagaan dan pengurusan produk masing-masing. Mengelak penggunaan semua bahan diragui demi mendapatka­n keberkatan hidup sebagai peniaga dan pengusaha Muslim,” ulasnya lagi.

Pada Aidilfitri lepas, mereka sibuk dari pagi sampai ke malam, mengeluar produk dan memasarkan ke seluruh negara. Rasa biskutnya yang lemak, rangup, tidak terlalu manis dan cukup sukatan coklat turut menjadi daya penarik pelanggan khususnya yang mula menjaga kesihatan. Kini produknya dikeluarka­n dalam pek 110 gram berharga RM10 dan kotak 550 gram.

Malah mereka turut menerima tempahan membuat aneka coklat cip, mengadakan kursus masakan, menerima tempahan cenderamat­a majis perkahwina­n, majlis ulang tahun dan hamper. Produk berkenaan diusahakan menerusi syarikatny­a Siti Edar Resources.

 ??  ?? DAPUR mini ketuhar di Batu Caves.
DAPUR mini ketuhar di Batu Caves.
 ??  ?? PROSES menghasilk­an biskut menggunaka­n cara manual.
PROSES menghasilk­an biskut menggunaka­n cara manual.
 ??  ?? SITI Noorikha
SITI Noorikha

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia