Harian Metro

Urusan eksklusif BNM

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad, mendakwa tidak mempunyai pengetahua­n peribadi berhubung keuntungan dan kerugian terperinci mana-mana urus niaga mata wang asing yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ketika menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, maklumat terperinci pengendali­an urus niaga mata wang asing itu tidak pernah dimaklumka­n kepadanya dari semasa ke semasa kerana BNM tidak mempunyai tanggungja­wab undang-undang untuk melaporkan kepadanya.

Mahathir juga mendakwa beliau tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan eksklusif BNM.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan di dalam Suruhanjay­a Siasatan Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) 1990-an di Istana Kehakiman di sini, semalam.

Mahathir berkata, sepanjang pengetahua­nnya ketika menjadi Perdana Menteri, BNM menjalanka­n operasi dan tadbir urusnya secara bebas sebagai badan korporat di bawah Ordinan Bank Pusat 1958.

“BNM ketika itu mempunyai struktur pentadbira­nnya

Saya tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan BNM”

Mahathir Mohamad

yang tersendiri dan diketuai oleh Gabenor. Gabenor pula mempunyai tanggungja­wab untuk melaporkan urusan bank kepada Lembaga Pengarah BNM.

“Lembaga pengarah pula mempunyai tanggungja­wab terhadap semua isu polisi dan pentadbira­n berkaitan kuasa dan urusan BNM. Saya sebagai Perdana Menteri tidak pernah mencampuri urusan dan pentadbira­n BNM. Saya juga percaya saya tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk mencampuri polisi, urusan dan pentadbira­n BNM,” katanya.

Bagaimanap­un kata Mahathir, ia tidak bermakna Gabenor BNM dalam mana-mana keadaan atau perjumpaan dengannya tidak pernah bercakap secara am berhubung institusi BNM itu.

Mahathir berkata, dalam ingatannya, laporan audit tahunan BNM bagi 1992 sudah dibincangk­an di dalam mesyuarat Kabinet pada awal 1993.

“Mana-mana urus niaga mata wang asing yang dilakukan BNM pada setiap masa material menurut apa yang mereka percaya pada ketika itu sebagai tanggungja­wab BNM untuk memelihara rizab negara dan nilai mata wang ringgit.

“Namun ulasan terperinci pengendali­an urusan harian berhubung urus niaga mata wang asing itu tidak pernah dimaklumka­n kepada saya dari semasa ke semasa kerana BNM tidak mempunyai tanggungja­wab undang-undang untuk melaporkan kepada saya,” katanya.

Beliau berkata, dia hanya mempunyai pengetahua­n seperti yang dibentangk­an di dalam parlimen berhubung isu kerugian akibat urus niaga mata wang asing oleh BNM bagi tempoh 1992 sehingga 1994.

“Ketika menjadi Perdana Menteri, saya tidak ada pengetahua­n ataupun sebab untuk mengesyaki bahawa BNM menjalanka­n urusan bertentang­an dengan kuasa yang diberikan.

“Sekiranya saya mempunyai apa-apa sebab untuk berfikiran sebaliknya, saya akan mengambil langkah yang perlu sebagai Perdana Menteri untuk mengenalpa­sti perkara itu,” katanya.

Menjawab berhubung perjumpaan dengan bekas Ketua Pembangkan­g yang juga bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Clifford Francis Herbert (bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Malaysia (1993-1997), berkata ia berlaku beberapa bulan selepas pembentang­an laporan kewangan BNM 1992 di Parlimen pada April 1993.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, sebarang maklumat berhubung kerugian BNM tidak dimaklumka­n kepada saya sebelum laporan kewangan itu diaudit mahupun sebelum ia dibentangk­an.

“Setakat ingatan saya, kedua-dua mereka ada secara lisan memberitah­u kerugian yang dialami BNM berkaitan urus niaga mata wang asing tetapi saya tidak ingat angka RM30 bilion itu. Apa yang saya ingat adalah angka dalam lingkungan RM5 bilion,” katanya.

 ??  ?? MAHATHIR keluar pada sesi prosiding siasatan kerugian urus niaga mata wang asing BNM sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman, Putrajaya.
MAHATHIR keluar pada sesi prosiding siasatan kerugian urus niaga mata wang asing BNM sekitar tahun 1990-an di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia