Harian Metro

RHB Insurance manfaatkan teknologi

-

Kuala Lumpur: Premium bertulis kasar insurans kesihatan RHB Insurance Berhad dijangka melepasi RM100 juta tahun ini, naik daripada RM53 juta pada separuh pertama tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kong Shu Yin berkata, sasaran itu akan dicapai dengan memanfaatk­an teknologi digital termasuk menjalin perkongsia­n dengan aplikasi penjagaan kesihatan dalam talian BookDoc.

“Dengan memanfaatk­an teknologi digital, RHB Insurance berhasrat mengembang­kan portfolio insurans kesihatann­ya sebagai arus pendapatan utama ketiga selain portfolio insurans kebakaran dan motor yang mencapai kejayaan besar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian perkongsia­n dengan Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh, semalam.

BookDoc ialah syarikat pemula niaga teknologi penjagaan kesihatan tempatan yang menjalin perkongsia­n dengan lebih 50 peruncit dan penyedia perkhidmat­an kesihatan dari 12 negara.

Ia menawarkan kepada pengguna yang mencapai had dan sasaran purata-langkah-harian dengan diskaun bagi produk dan perkhidmat­an setiap bulan.

Menurutnya, dengan perkongsia­n bersama BookDoc, ia bukan saja membantu mempromosi­kan produk insurans syarikat itu, malah menggalakk­an pengguna untuk mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Ini akan membolehka­n kami menginsura­ns pelanggan yang sihat pada premium rendah dan sudah tentu mengurangk­an tuntutan perubatan,” katanya.

Katanya, RHB Insurance menggandak­an bahagian pasarannya dalam segmen insurans kesihatan dan menjadi penginsura­ns kesihatan keempat terbesar dalam kalangan syarikat insurans am, meningkat daripada kedudukan kelapan pada dua tahun lalu. - BERNAMA

 ??  ?? KONG (tiga dari kiri) dan Chevy bertukar dokumen perjanjian, semalam.
KONG (tiga dari kiri) dan Chevy bertukar dokumen perjanjian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia