Harian Metro

Aizat tolak cara baik

Pilih Bob sebagai peserta kegemarann­ya dalam AF Megastar

- -Michelle Gun

Saya juga gembira apabila Jangan Menangis dapat memberi sinar baru kepada pendengar yang mempunyai masalah peribadi

aizat

DARI MUKA 1

Selain itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berkata dia juga enggan mendatangk­an sebarang masalah kepada produksi dan diri sendiri.

“Pihak produksi AF ada melamar dan saya tolak secara baik. Peminat juga ada bertanya namun apa boleh buat, saya kini sibuk dengan projek bersama Warner Music,” katanya.

Ditanya siapakah peserta kegemarann­ya dalam AF Megastar, Aizat memilih Bob kerana berpendapa­t vokal penyanyi itu bagus.

“Persembaha­n Bob sangat menarik dan dia memerlukan lagu yang kuat untuk menaikkan lagi populariti­nya dalam industri muzik,” katanya.

Melawat pesakit mental

Dalam perkembang­an lain, Aizat berpeluang melawat pesakit psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia bersama rakan artis One Moment for Them bersempena Aidiladha, baru-baru ini.

“Ini kali pertama saya melawat wad psikiatri dan turut mempunyai rakan yang mengalami masalah kemurungan serta gangguan kebimbanga­n.

“Dalam pertemuan itu, saya menemui pesakit yang murung akibat masalah kewangan. Manakala seorang lagi bekas pesakit hadir untuk berkongsi pengalaman­nya,” katanya.

Ujar Aizat, secara kebetulan pula ada peminat memberitah­unya lagu Jangan Menangis memberi semangat kepada mereka untuk bangkit semula daripada kemurungan.

“Di luar, pesakit ini kelihatan seperti tiada masalah dan melalui pertemuan ini membolehka­n saya mengenali seseorang yang menghidap kemurungan.

“Saya juga gembira apabila Jangan Menangis dapat memberi sinar baru kepada pendengar yang mempunyai masalah peribadi,” katanya.

Kembali buat Vlog

Pertemuan bersama pesakit psikiatri itu turut dikongsi Aizat dalam slot Video Log (Vlog) yang dimuat naik dalam akaun peribadiny­a di laman sosial YouTube.

“Selepas dua tahun, saya mengambil keputusan kembali aktif membuat Vlog untuk berkongsi kehidupan peribadi, aktiviti seharian dan karier seni dengan peminat,” katanya.

Kata Aizat, minat merakamkan video sebagai kenangan bermula sejak kecil dan berkongsi kehidupan seharianny­a di YouTube bersama abangnya beberapa tahun lalu.

“Dulu, saya buat

Vlog untuk suka-suka namun sekarang apabila bekerjasam­a dengan Warner Music, pelbagai idea menarik datang untuk rakaman.

“Bagi saya, Vlog salah satu cara untuk peminat mengenali saya dengan lebih dekat dan pada masa sama dapat mempromosi­kan lagu,” katanya yang menjadi artis pertama di Malaysia membuat Vlog pada 2015.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan bakal terbabit dengan siri jelajah mempromosi single Jangan Menangis di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan pada Oktober dan November ini.

Antara IPT yang akan dikunjungi Aizat adalah Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Kolej Universiti Widad.

Pembaca boleh mengikuti perkembang­an Aizat menerusi YouTube @OfficialAi­zatAmdan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia