Harian Metro

MEMORI LUKA >

-

Tiada sesaat pun saya lupa kejadian itu. Saya cuba mengawal emosi hingga sekarang, tetapi jeritan meminta tolong pelajar terperangk­ap dan kemudianny­a ada yang melompat jatuh di depan saya terus terbayangb­ayang,” kata Sufian Emmad, 20. Dia antara orang paling awal menghulurk­an bantuan ketika Darul Quran Ittifaqiya­h dimamah api, Khamis lalu. Kehibaanny­a tidak dapat disembunyi­kan, dia sebak sehingga pertuturan­nya kerap terhenti ketika ditemu bual.

 Jiran terkilan tak mampu selamat lebih ramai mangsa akibat tangan cedera

“Tiada sesaat pun saya lupa kejadian itu, saya cuba kawal emosi hingga sekarang, tetapi jeritan meminta tolong pelajar terperangk­ap dan ada yang melompat jatuh di depan saya terus terbayang-bayang walaupun enam hari berlalu,” kata Sufian Emmad, 20.

Dia yang ditemui di rumahnya di depan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h semalam, baru dua hari dibenarkan keluar dari hospital selepas cedera di tangan kanan terkena kaca ketika membantu menyelamat­kan pelajar terbabit.

Sufian yang bertugas sebagai tukang masak antara jiran terawal menghulurk­an bantuan ketika insiden kebakaran yang berlaku jam 5.15 pagi Khamis lalu mengorbank­an 21 pelajar dan dua warden yang juga tenaga pengajar pusat tahfiz berkenaan.

“Kecederaan di tangan kerana terkena serpihan kaca menyebabka­n saya tidak dapat membantu lebih ramai mangsa, itu yang buatkan saya terkilan. Rumah saya memang bertentang­an dengan pusat tahfiz itu dan saya tidak boleh lihat bangunan itu kini, sedih,” katanya yang kerap kali pertuturan­nya terhenti menahan kesedihan.

Apapun katanya, keadaan di sekitar perumahan itu kini semakin sunyi kerana ketiadaan pelajar tahfiz terbabit yang ada di antara mereka dikenaliny­a kerana sering bermain futsal di gelanggang berhampira­n.

“Saya selalu jumpa mereka di surau dan ada yang turut bersama bertadarus al-Quran sepanjang Ramadan lalu.

“Saya cuba tidak mengingati situasi itu, memang susah melupakan tragedi depan mata, tetapi saya juga tidak mahu ia terlalu mengganggu emosi,” katanya.

Menceritak­an kembali tragedi berkenaan, Sufian berkata, dia baru pulang dari kerja dan berehat di rumah ketika mendengar bunyi bising dari arah tahfiz berkenaan.

“Saya keluar meninjau kerana sangka ada pergaduhan dan ketika itu asap memenuhi tingkat tiga bangunan berkenaan.

“Saya berlari ke pusat itu untuk membantu dan cuba naik ke tingkat atas, tetapi tidak ada jalan, saya lihat serta dengar pelajar menjerit dan nampak kumpulan pelajar di tepi tingkap yang cuba memecahkan jeriji dan saya tahu mereka mahu terjun,” katanya.

Melihat keadaan itu, Sufian cuba membantu dan mencari jika ada tilam untuk diletakkan di simen bahagian bawah, tetapi dia hanya terjumpa permaidani sebelum membentang­kannya.

“Bagaimanap­un, belum sempat saya buat apa-apa tiba-tiba dua pelajar sudah terjun dan saya membantu kerana mereka sesak nafas.

“Saya angkat mereka ke jalan dan berpatah balik ke pekarangan tahfiz dan seorang lagi pelajar terjun sebelum terjatuh di atas bumbung di bawah. Bumbung itu pecah dan pelajar itu terhempas,” katanya.

Sufian berkata, ketika dia cuba membantu pelajar itu, terdengar bunyi letupan kuat dari tingkat tiga dan kaca tingkap bertaburan terkena tangannya menyebabka­n urat jari telunjukny­a putus.

“Saya terkilan kerana saya cedera dan ada pelajar tahfiz yang selamat itu membantu mengambil kain dan membalut luka,” katanya yang kemudian dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

 ??  ?? SUFIAN cedera di tangan terkena kaca ketika menyelamat­kan mangsa kebakaran.
SUFIAN cedera di tangan terkena kaca ketika menyelamat­kan mangsa kebakaran.
 ??  ??
 ??  ?? SUFIAN cedera selepas menyelamat­kan pelajar Tahfiz Ittifaqiya­h yang terbabit kebakaran Khamis lalu.
SUFIAN cedera selepas menyelamat­kan pelajar Tahfiz Ittifaqiya­h yang terbabit kebakaran Khamis lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia