Harian Metro

Merapu bela rakan

Lelaki tunjuk hero datang ke balai polis dikesan positif dadah

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Tindakan seorang lelaki cuba membela rakannya yang diberkas polis kerana memandu dalam keadaan khayal akibat pengambila­n dadah memakan diri apabila dia turut ditangkap kerana positif dadah.

Dalam kejadian jam 9.45 malam kelmarin, rakan suspek berusia 28 tahun ditahan ketika memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima di sekitar Stadium Merdeka, di sini, untuk menonton konsert artis Korea.

Timbalan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT)

Kuala Lumpur Superinten­dan Ahmad Adnan Basri berkata, sepasukan polis trafik yang membuat kawalan lalu lintas menahan rakan suspek untuk pemeriksaa­n selepas mendapati dia dalam keadaan mencurigak­an.

“Ujian saringan air kencing terhadap pemandu MPV itu mendapati dia positif

dadah jenis Amphetamin­e. Pemeriksaa­n lanjut menemui beberapa pil Eramin 5 di dalam poket seluar lelaki terbabit.

“Lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar, di sini, untuk siasatan lanjut kerana kesalahan memandu dalam keadaan khayal,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, suspek berusia 34 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis trafik yang menahan rakannya bertindak datang ke balai polis Trafik Jalan Bandar di sini, untuk membela lelaki berkenaan.

“Suspek yang datang bersendiri­an menyatakan perasaan tidak puas hatinya terhadap tindakan polis. Dia kelihatan merapu dan seperti khayal menyebabka­n anggota polis menjalanka­n ujian saringan air kencing terhadapny­a.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati lelaki itu turut positif Amphetamin­e dan ditahan sebelum kes diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK yang memandu dalam keadaan khayal ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.
SUSPEK yang memandu dalam keadaan khayal ditahan di Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia