Harian Metro

Suspek hantar mesej lawat lokasi tragedi

-

Kuala Lumpur: Seorang suspek remaja yang ditahan berhubung kes membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, di sini, sempat menghantar mesej media sosial kepada jirannya memberitah­u mahu ‘melawat’ lokasi tragedi sebelum ditangkap polis.

Jiran suspek yang enggan namanya didedahkan berkata, dua daripada remaja lelaki yang ditahan terbabit tinggal berdekatan kediamanny­a di Keramat, di sini.

Katanya, dua suspek terbabit adik beradik berusia 15 dan 16 tahun.

“Pada jam 9 pagi hari kejadian (Khamis lalu), suspek berusia 15 tahun terbabit menghantar mesej menerusi aplikasi We Chat dan bertanya lokasi saya berada ketika itu.

“Saya ada berhampira­n pusat tahfiz itu untuk melihat kebakaran dan dia memaklumka­n hendak pergi ke lokasi sama.

“Namun saya maklumkan mahu pulang ke rumah sebelum dia terus tidak balas mesej terbabit,” katanya, semalam.

Jelasnya, dia tidak menyangka dua beradik terbabit sanggup bersubahat melakukan perbuatan khianat terhadap pusat tahfiz itu.

Katanya, dia hanya mengetahui dua anak jirannya itu terbabit kes selepas mereka ditangkap polis, jam 2 pagi, Jumaat lalu.

“Kami hanya dapat tahu pembabitan mereka selepas sepasukan polis yang menaiki dua van datang ke sini dan menahan dua beradik terbabit.

“Saya kenal dua beradik itu sejak mereka kecil dan suspek tinggal bersama ibu serta dua adik perempuan.

“Kedua orang tua mereka berpisah sejak dua tahun lalu dan sejak itu mereka berhenti sekolah kerana banyak masalah,” katanya.

Menurutnya, dua beradik itu rajin membantu ibunya berniaga di pasar malam bagi menampung perbelanja­an keluarga.

 ??  ?? NORAZIZAN Abdul Razak, 46, (dua kanan) dan isteri, Rusbiah Nordin (kiri) melawat kubur arwah Muhammad Taufik Hidayat, 16, seorang daripada pelajar yang terkorban.
NORAZIZAN Abdul Razak, 46, (dua kanan) dan isteri, Rusbiah Nordin (kiri) melawat kubur arwah Muhammad Taufik Hidayat, 16, seorang daripada pelajar yang terkorban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia