Harian Metro

‘SAYA RINDU IZZAT’

6 suspek berhati kering ‘Kami tak kenal mereka’ Pasukan khas siasat maklumat bocor Bangunan baru lebih lengkap

- Mohd Nasif Badrudin, Norhadiani Baharom, Asmah Rusman, Suraya Roslan, Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail, Norizuan Samsuddin, Asrizal Aris dan Nabihah Kamal am@hmetro.com.my

 Rakan baik hiba kenang sahabat “Saya rindu dia, masih terbayang di ruang mata kebaikan Izzat” Muhammad Imtiyaz Aqil Mohd Salimi

“Saya paling rindu Izzat, dia sangat baik dan suka sedekah makanan kepada saya,” kata Muhammad Imtiyaz Aqil Mohd Salimi, 10, rakan baik kepada Muhammad Zatullah Roslan, 11, pelajar tahfiz yang terkorban dalam kebakaran, Khamis lalu.

Muhammad Imtiyaz Aqil dan adiknya, Muhammad Imtiyaz Rifqi, 9, sepatutnya dihantar bapanya, Mohd Salimi Ayob, 38, sehari sebelum kejadian, namun membatalka­n hasrat itu kerana tidak sedap hati.

Muhammad Imtiyaz berkata, dia paling rapat dengan Zatullah yang dipanggil Izzat dan kerap bermain sorok-sorok bersama-sama.

“Saya rindu dia, masih terbayang di ruang mata kebaikan Izzat.

“Dia suka beri makanan kepada saya dan kami memang rapat hingga saya pulang ke rumah pada Aidiladha yang lalu,” katanya ketika ditemui di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di sini, semalam.

Mohd Salimi berkata, Rabu lalu dia sepatutnya menghantar dua anaknya itu ke pusat tahfiz berkenaan. Bagaimanap­un, perasaan tidak sedap hati membatalka­n hasrat itu.

“Tapi terus terang saya katakan, saya tidak puas bermanja dengan mereka selepas doktor memberi pelepasan cuti akibat ruam.

“Malah, anak sudah siap memakai jubah dan beg pada hari Rabu itu untuk dihantar pulang ke pusat tahfiz, namun saya membatalka­n hasrat berkenaan,” katanya.

Katanya, sebaik anaknya mengetahui kejadian menimpa rakannya, dia menangis, hiba serta terkejut.

“Setiap hari dia menceritak­an kebaikan rakannya yang terkorban, mungkin masih trauma dan saya tetap akan menghantar anak ke pusat tahfiz ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Zatullah ORANG ramai menziarahi kubur 12 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selaseh), Batu Caves, semalam. Gambar dalam bulatan, pusara Muhammad Zatullah...
MUHAMMAD Zatullah ORANG ramai menziarahi kubur 12 mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL-Karak (Taman Selaseh), Batu Caves, semalam. Gambar dalam bulatan, pusara Muhammad Zatullah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia