Harian Metro

‘Kami dah maafkan...’

Pengetua fokus pulih semangat pelajar

-

“Kami sudah memaafkan mereka semua (suspek remaja) seperti saya sentiasa memaafkan pelajar. Saya tidak mahu fikir panjang benda yang sudah jadi,” ujar Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Mohd Zahid Mahmod.

Menurutnya, tiada seorang pun wakil suspek datang secara peribadi untuk bertemu dengan pihak pengurusan pusat tahfiz sehingga semalam untuk memohon maaf secara peribadi.

“Bagaimanap­un perkara tetap sama walaupun mereka (waris suspek) datang atau tidak untuk berjumpa kami bagi memohon maaf. Ia tidak dapat menghidupk­an kembali pelajar dan warden yang terkorban akibat kebakaran ini.

“Tak perlulah jumpa mereka kerana dari awal lagi kami sudah memaafkan mereka semua.

“Apa yang penting sekarang adalah untuk pulihkan semuanya, semangat pelajar ini dan bagaimana kita bergerak ke depan,” katanya, semalam.

Dalam kejadian jam 5.15 pagi, Khamis lalu, seramai 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran yang berlaku di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz terbabit.

Susulan itu, polis turut menahan tujuh remaja lelaki disyaki membakar pusat tahfiz itu.

 ??  ?? KEADAAN Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar.
KEADAAN Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h yang terbakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia