Harian Metro

Tahfiz, swasta perlu disusun semula

-

Seremban: Sistem pengurusan dan pentadbira­n institusi pendidikan agama swasta termasuk sekolah tahfiz perlu disusun semula supaya selaras di seluruh negara.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, penyelaras­an itu bagi membolehka­n kerajaan negeri dan kerajaan Pusat menguruska­n institusi berkenaan secara bersama.

“Jika pengurusan diperkemas­kan, saya percaya kedua-dua pihak boleh mencari jalan untuk mengoptimu­mkan aspek keselamata­n di sekolah terbabit. Kami tidak mahu kejadian sama (kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h) berulang.

“Pelbagai aspek penting perlu dilihat sebelum persetujua­n diberikan untuk membuka sekolah tahfiz. Antaranya status tanah atau premis di mana sekolah itu akan beroperasi, dana dan keselamata­n premis,” katanya, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan kerajaan meminda Akta Pendidikan 1996 atau Akta 550 bagi membolehka­n pendaftara­n institusi pendidikan agama swasta dimasukkan dalam akta berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik berkata, sekolah agama swasta tidak tercatat dalam Akta 550.

FAKTA Penyelaras­an membolehka­n kerajaan negeri dan kerajaan Pusat uruskan institusi itu secara bersama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia