Harian Metro

13 telefon anggota polis disita

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyita telefon pintar milik 13 anggotanya yang disiasat berhubung penyebaran maklumat penahanan tujuh suspek kes kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Taman Datuk Keramat Hujung, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, tindakan itu dilakukan selepas polis mengambil keterangan 13 anggotanya awal minggu ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, semua telefon pintar milik anggota polis itu sudah disita.

“Semua anggota polis yang diambil keterangan itu bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut berhubung mesej tular di media sosial mendakwa lima lagi suspek baru diberkas polis, Amar sebaliknya menafikan perkara itu.

“Saya sudah cakap sebelum ini, kes ini selesai dengan penahanan tujuh remaja itu. Tiada tangkapan baru,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia