Harian Metro

Tak dakwa ibu bapa suspek

-

Kota Bharu: “Itu hanya spekulasi saja,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaska­n khabar angin ibu bapa tujuh suspek yang terbabit dengan kebakaran pusat tahfiz, Darul Quran Ittifaqiya­h akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata, polis melihat tiada keperluan mendakwa ibu bapa suspek seperti dihebohkan di media sosial, berikutan mereka tidak mempunyai kaitan dengan kes itu.

“Tidak perlu diperbesar-besarkan, ibu bapa tidak ada kena mengena dalam kes ini.

“Diharapkan media dan semua pihak berkaitan, tidak payahlah buat spekulasi yang bukan-bukan mengenai siasatan kita.

“Hasil siasatan ini akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutny­a dalam masa terdekat ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Inovasi Peringkat Polis Diraja Malaysia 2017 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan dan Naib Canselor UMK Prof Datuk Dr Mortaza Mohamed.

Ditanya mengenai perkembang­an kes itu, Mohamad Fuzi berkata, siasatan hampir selesai, namun terdapat beberapa kekangan melambatka­n proses.

“Pertama, kami masih belum boleh ambil keterangan mangsa yang cedera di hospital kerana ada yang dalam perhatian lagi dan memerlukan rawatan rapi.

“Selain itu, kami juga menunggu laporan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Bahagian Forensik kerana mereka memerlukan sedikit masa lagi untuk lengkapkan laporan.

“Bagaimanap­un, kertas siasatan ini akan disiapkan secepat mungkin,” katanya.

 ?? Mohamad Fuzi ?? Tidak perlu diperbesar-besarkan, ibu bapa tidak ada kena mengena dalam kes ini”
Mohamad Fuzi Tidak perlu diperbesar-besarkan, ibu bapa tidak ada kena mengena dalam kes ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia