Harian Metro

Tak henti istighfar KPM sambut baik pinda Akta 550

-

 Wanita terperangk­ap bersama keluarga terbayang ajal tiba

“Saya terasa seperti ajal sudah tiba ketika itu,” kata Che Norhayati Che Amat, 33, seorang mangsa yang terselamat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Khamis lalu.

Ketika tragedi berlaku, Che Norhayati hanya tinggal bersama empat anak dan seorang adik lelakinya berikutan suami iaitu Timbalan Pengetua pusat tahfiz terbabit, Mohd Azhari Mahmood berada di Makkah.

Menceritak­an detik kebakaran itu, Che Norhayati berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik mendengar bunyi bising dari luar bangunan tahfiz itu.

Malah katanya, ketika tersedar, keadaan bilik dihuni gelap berikutan bekalan elektrik terputus selain dipenuhi asap hitam.

“Waktu itu memang panik kerana tak nampak apa-apa. Bila pergi ke arah pintu pula, api sudah marak membakar menyebabka­n kami terperangk­ap selain bangunan terasa bergegar.

“Jadi saya ambil anak-anak dan bawa mereka ke tepi tingkap dan menjerit meminta tolong,” katanya.

Menurut Che Norhayati, mereka terperangk­ap dan panik ketika itu.

“Waktu itu saya tak henti beristighf­ar dan berzikir kalimah Allah SWT. Malah, beberapa minit kemudian saya terfikir mungkin sudah sampai ajal disebabkan asap semakin tebal dan saya sudah hampir lemas, ” katanya.

Bagaimanap­un, dia bersyukur kerana akhirnya beberapa anggota bomba muncul sebelum dia menyerahka­n tiga anaknya kepada anggota bomba di tingkap.

“Alhamdulil­lah, ketika menyerahka­n anak kepada anggota bomba, pintu rumah kami dipecahkan daripada depan.

“Melalui pintu itu, saya keluar bersama anak sulung dan adik lelaki,” katanya.

Che Norhayati berkata, dia tidak menyedari terdapat 21 pelajar dan dua warden terperangk­ap dalam bangunan asrama. Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut baik cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) yang membolehka­n pendaftara­n institusi pendidikan Islam swasta termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujua­n kerajaan negeri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyokong hasrat disyorkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menyelesai­kan isu sekolah tahfiz.

Katanya, kementeria­n pendidikan menyokong cadangan itu dan beberapa langkah perlu diambil kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Sebagai permulaan, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan menguruska­n terlebih dulu hal ehwal yang berkaitan bentuk kerjasama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? CHE Nor Hayati bersama suami,
Mohd Azhari dan anak sulung Siti Nur Fatimah, 12, serta anak bongsu, Siti Nur Afifah, 10 bulan.
CHE Nor Hayati bersama suami, Mohd Azhari dan anak sulung Siti Nur Fatimah, 12, serta anak bongsu, Siti Nur Afifah, 10 bulan.
 ??  ?? MAHDZIR (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Farawahida Wahid, ibu kepada Allahyarha­m Muhammad Aiman Ramzanudin.
MAHDZIR (dua dari kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Farawahida Wahid, ibu kepada Allahyarha­m Muhammad Aiman Ramzanudin.
 ??  ?? SYED Azmi
SYED Azmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia