Harian Metro

Ejen Ali kembali

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

 Siri animasi tawar lebih banyak konflik, tampil persekitar­an lebih baru

Musim kedua siri animasi popular Ejen Ali menjanjika­n karya yang lebih hebat dengan mengembang­kan kerjaya pengintipa­n rahsia khusus untuk peminat setianya.

Ejen Ali adalah siri animasi pertama usahasama Primeworks Studios Sdn Bhd dengan Wau Animation Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya amat teruja dengan kejayaan musim pertama Ejen Ali yang tamat pada Januari lalu.

“Kejayaan musim pertama Ejen Ali amat memberangs­angkan. Kami berharap dengan kualiti tinggi dalam penceritaa­n dan kepelbagai­an watak yang ditonjolka­n pada musim kedua ini, ia mendapat sambutan lebih hangat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid berkata, musim kedua Ejen Ali juga membawa lebih banyak konflik dan cabaran ketika dia menjalanka­n misi di samping ejen muda agensi itu.

“Menerusi musim kedua ini, Ejen Ali akan menyertai Akademi Latihan MATA untuk mengasah bakat dalam bidang pengintipa­n dan menjalanka­n misi bersama ejen muda lain.

“Dengan kepelbagai­an watak dan persekitar­an baru, pihak kami sudah memperluas­kan dunia Ejen Ali untuk menawarkan penceritaa­n dan pengalaman menonton yang lebih menarik,” katanya.

Sementara itu, peminat Ejen Ali juga berpeluang menonton dua episod pertama Ejen Ali musim kedua secara berturut-turut di pawagam.

Tayangan eksklusif ini terhad hanya pada Sabtu dan Ahad ini di pawagam Golden Screen Cinemas (GSC), pusat beli-belah 1 Utama di mana pembelian tiket boleh dilakukan melalui dalam talian.

 ??  ?? EJEN Ali bakal menyertai Akademi Latihan MATA dalam musim kedua.
EJEN Ali bakal menyertai Akademi Latihan MATA dalam musim kedua.
 ?? Ahmad Izham ?? Kejayaan musim pertama Ejen Ali amat memberangs­angkan”
Ahmad Izham Kejayaan musim pertama Ejen Ali amat memberangs­angkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia