Harian Metro

Rumah kanvas tak berpintu

-

Kota Bharu: Jika rumah penduduk lain dibina berdinding­kan kayu atau konkrit, kediaman lima beranak ini pula hanya beralaskan kanvas dan tidak berpintu.

Bukan semua begitu, hanya sebahagian­nya ditutupi kanvas kerana Umi Ros Ellyinda Awang Isa, 35, tidak berkemampu­an menyiapkan rumah berkenaan untuk didiami bersama empat anak berusia empat hingga 11 tahun.

Katanya, rumah itu dibina sejak Mei lalu oleh suaminya, Baharun Daud, 39, yang bekerja buruh di Kerteh, Terengganu, tetapi separa siap memandangk­an mereka tidak mempunyai wang cukup untuk membeli barang asas pembinaan.

“Disebabkan itu, dinding di bahagian dapur ditutup dengan kanvas saja dan ia juga tidak berpintu. Ruang tamu juga sederhana dan tingkap tidak bercermin sebaliknya ditutup dengan langsir saja.

“Melihatkan keadaan rumah begini, memanglah sedih dan bimbang juga dengan keselamata­n kami anak-beranak terutama pada waktu malam memandangk­an suami hanya pulang ketika cuti saja.

“Tetapi kami pun tiada pilihan lain kerana hanya rumah ini saja yang ada dan dekat dengan rumah ibu (Umi Rohana Ali, 52),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tiong di sini, semalam.

Suri rumah itu berkata, bekalan elektrik di rumahnya disambung daripada rumah ibunya yang turut uzur dan dihuni bersama suaminya Mohd Khairul Borhan, 32, dan anak, Wan Umi Elya Shamira Wan Hassan, 13.

“Rumah ibu hanya mempunyai satu ruang saja yang digunakan untuk tidur, memasak dan makan manakala tandas terletak di luar rumah.

“Tidak dinafikan kediaman kami terdedah kepada ancaman binatang berbisa, malah lipan sudah banyak kali memasuki rumah. Tetapi terpaksala­h bertahan.

“Saya tidak tahu kepada siapa mahu mengadu dan berharap ada pihak tertentu tampil bagi membantu agar rumah yang didiami lebih sempurna dan selamat,” katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh, Wan Azizi Wan Ab Ghani berkata, beliau akan berusaha membantu kedua-dua keluarga berkenaan.

 ??  ?? UMI Ros Ellyinda bersama empat anaknya di dalam rumah mereka di Kampung Tiong, Kota Bharu.
UMI Ros Ellyinda bersama empat anaknya di dalam rumah mereka di Kampung Tiong, Kota Bharu.
 ??  ?? UMI Ros Ellyinda menunjukka­n keadaan rumahnya.
UMI Ros Ellyinda menunjukka­n keadaan rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia