Harian Metro

Kantoi dera bayi

- Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail rabiatul@hmetro.com.my

 Ibu lihat kesan anak ditampar pengasuh buat laporan polis

Seorang pengasuh sengaja mencari masalah apabila mendera bayi perempuan dihantar seorang wanita yang bertugas sebagai anggota polis Kajang.

Difahamkan suspek tidak menyedari tindakanny­a memukul bayi berusia lapan bulan itu disedari ibu mangsa yang kebetulan datang ke rumah suspek di Taman Bukit Mutiara, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kejadian berlaku Ahad lalu ketika bayi itu dihantar ke rumah pengasuh wanita berusia 24 tahun sebelum ibu mangsa pergi ke tempat kerja untuk mendapatka­n cuti kecemasan.

Menurutnya, bayi perempuan itu tidak sihat dan ibunya pergi ke pejabat meminta cuti kecemasan untuk menghantar anaknya itu ke klinik.

“Bagaimanap­un ketika tiba di luar rumah pengasuh, ibu mangsa terdengar suara bayinya menangis dengan kuat.

“Ibu bayi itu kemudian menghubung­i telefon pengasuh namun wanita itu berbohong dengan mendakwa bayi itu sedang tidur dan dalam keadaan baik.

“Pengasuh tidak menyedari bahawa ibu mangsa menghubung­inya dari pekarangan rumah. Susulan itu ibu mangsa menyergah suspek sebelum membawa bayi itu masuk ke dalam keretanya.

“Dia mendapati ada kesan merah di pipi kiri bayi seperti ditampar. Dia kemudian menghubung­i semula suspek tetapi telefon pintar suspek dimatikan,” katanya.

Dzaffir berkata, anggota polis wanita itu kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kajang untuk mendapatka­n rawatan, sebelum pembantu perubatan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan suspek di rumahnya jam 8 malam, kelmarin.

“Suspek direman empat hari sehingga 22 September ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia