Harian Metro

100,000 dijangka berhimpun

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

Kira-kira 100,000 dijangka berkumpul pada Perhimpuna­n Semangat Sejuta Umat Malaysia &

World Of Anger-Rohingya

bertujuan mengajak dunia bangkit menentang kekejaman terhadap etnik berkenaan.

Himpunan itu dijangka diadakan 28 Oktober atau 4 November ini di Stadium Bukit Jalil.

Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya berhasrat menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pemimpin lain, wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), pemenang hadiah nobel serta tokoh dunia.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada himpunan berkenaan.

“Ada kuasa dunia dilihat berkomprom­i terhadap pembunuhan dan kami kecewa dengan perkara itu seolah-olah dunia bersekongk­ol dengan pembunuhan terbabit.

“Sebagai rakyat

Malaysia, kita tak boleh menunggu, justeru kita menyeru masyarakat bangkit berhimpun untuk menyampaik­an mesej tegas kepada dunia.

“Kita jangka 50 bandar raya di seluruh dunia turut serentak berhimpun menyuaraka­n bantahan,” katanya semalam.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) meragui tawaran pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang mahu mengembali­kan hak pelarian Rohingya sebab keganasan tentera junta masih berlaku sehingga kini.

Presidenny­a MERHROM Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, hak asasi masyarakat Rohingya sepatutnya diberikan dulu kepada mereka yang tinggal di Myanmar membabitka­n hampir dua juta orang, namun apa berlaku sejak 25 Ogos lalu ialah rakyat mereka dibunuh.

Malah, Zafar menjelaska­n bahawa beliau mendapat laporan pihak junta membakar tiga lagi kampung di daerah Bauthidung.

“Tawaran diberikan Suu Kyi tidak selaras dengan apa

(penghapusa­n etnik) yang berlaku di Myanmar terhadap masyarakat kami sejak sekian lama.

“Janji sama pernah dibuat pihak junta pada 1979 hingga 1980-an. Ribuan pelarian Rohingya balik sebab kononnya ada perjanjian antara Myanmar dan Bangladesh dengan tawaran pemberian hak.

“Sebahagian besar mereka akhirnya dibawa ke kem tentera dan masih ada yang dipenjara hingga tua. Begitu juga antara 1995-1996 apabila junta membawa pulang 300 Rohingya dari kem di Bangladesh, tetapi yang dibawa balik itu semuanya hilang.

“Sekitar 2004-2005 pula jeneral tentera ambil masyarakat Rohingya dari penempatan pelarian di Bangladesh dan paling menyedihka­n lebih 100 orang diletakkan di penjara,” katanya.

Kelmarin, Suu Kyi yang juga Kaunselor Negara Myanmar dalam ucapan setengah jam yang disiar stesen televisyen negara itu berikrar mahu mengembali­kan semula hak 410,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri dalam operasi pengusiran tenteranya. Mengulas lanjut mengenai tawaran itu, Zafar berkata, sebarang perjanjian mengenai nasib rakyat Myanmar berketurun­an etnik Rohingya beragama Islam dengan pengiktira­fan sewajarnya dilakukan dengan dokumentas­i lengkap di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Pasukan tentera pengaman PBB perlu dihantar dulu di kawasan bergolak bagi memastikan keselamata­n penduduk terjamin.

“Jaminan tentera PBB dan barulah kita balik ke negara asal. Macam mana kita datang Malaysia dan begitulah juga kita boleh balik ke tanah air sendiri.

“Bohong jika mengatakan kami tidak rindu keluarga dan tanah air. Tak payah suruh balik sebab kami sukarela akan pulang andainya ada jaminan...ini kita balik (Myanmar) hanya untuk hantar nyawa buat apa?” katanya.

Menurutnya, kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan China serta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), selain ASEAN perlu campur tangan menghentik­an kekejaman di Myanmar yang sehingga kini merunsingk­an negara tetangga.

 ??  ?? MOHD Azmi (tiga dari kanan) pada sidang akhbar perhimpuna­n sejuta rakyat Malaysia, semalam.
MOHD Azmi (tiga dari kanan) pada sidang akhbar perhimpuna­n sejuta rakyat Malaysia, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia