Harian Metro

Kredibilit­i Suu Kyi dipandang rendah

-

Kuala Lumpur: “Kredibilit­i Aung San Suu Kyi kini dipandang rendah. Sebelum membuat apa-apa janji beliau perlu terlebih dulu menghentik­an operasi tentera serta halang ekstrimis Buddhis Rakhine daripada mengganas di kampung masyarakat Rohingya.

“Selain itu kerakyatan Rohingya dalam Myanmar wajar dikembalik­an dan mengakui bahawa operasi ketenteraa­n negara melakukan (penghapusa­n etnik).

Reaksi itu diluahkan Presiden Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid sebagai komen terhadap ikrar Suu Kyi dalam ucapan setengah jam yang disiarkan stesen televisyen negara itu yang mahu mengembali­kan semula hak 410,000 pelarian Rohingya yang melarikan diri dalam operasi pengusiran tentera junta.

Menurutnya, selama ini Suu Kyi mewajarkan operasi tentera berkenaan atas alasan menangani teroris.

“Beliau tidak mahu menerima bahawa serangan dan pembunuhan rambang yang dilakukan itu adalah kejam dan melanggar undang-undang antarabang­sa.

“Kenyataan beliau bagi MAPIM adalah gimik semata-mata untuk mengkaburi mata dunia yang mula mengkritik sikap beliau bersekongk­ol dengan tentera Myanmar.

“Janji menawar lebih 400,000 pelarian Rohingya pulang ke tempat asal mereka dalam keadaan seluruh kampung dibakar dan serangan masih berterusan jelas adalah sandiwara,” katanya.

Katanya, MAPIM yang berpengala­man membantu masyarakat Rohingya tidak melihat ikrar Suu Kyi akan meredakan keadaan.

Menurutnya, angka kasar etnik Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh mencecah lebih 500,000 dan ribuan nyawa terkorban dalam tempoh empat minggu kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia