Harian Metro

Elak Rakhine jadi tempat ekstremis membiak

-

Keadaan yang tidak menentu berhubung isu Rohingya di Rakhine harus ditangani segera atau ia bakal menjadi tempat pembiakan rekrut ekstremis, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Ketika menyuaraka­n kebimbanga­n Malaysia mengenai perkara itu Anifah berkata, ia boleh menjadi kenyataan berikutan kumpulan militan Daish berminat menjadikan Asia Tenggara dan Asia Selatan sebagai sarang baru mereka dan mengambil kesempatan daripada krisis itu.

“Sekiranya ini berlaku, Malaysia dan negara jiran akan menanggung situasi ketidaksta­bilan serius di ASEAN,” katanya pada sesi Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai Minoriti Islam Rohingya di Myanmar yang diadakan di Bangunan Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA), New York semalam.

Anifah berkata, sementara Malaysia mengulangi komitmenny­a untuk memberi sokongan dan membantu kerajaan Myanmar menangani cabaran di Rakhine, negara itu juga mestilah menghentik­an tindakan ketenteraa­n segera dan membenarka­n kemasukan tanpa had untuk penyampaia­n bantuan kemanusiaa­n.

“Kami menggesa kerajaan Myanmar memastikan kepulangan pelarian dengan selamat dan bermaruah ke Rakhine termasuk pengembali­an status mereka sejak pembatalan hak kewarganeg­araan pada 1982 tanpa justifikas­i dikembalik­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia