Harian Metro

19 rakyat Malaysia selamat

-

Kuala Lumpur: Semua 19 rakyat Malaysia yang tinggal di Mexico selamat daripada gempa bumi yang melanda tengah Mexico Selasa lalu.

“Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico memaklumka­n bahawa empat rakyat Malaysia yang tinggal di Bandaraya Mexico selamat.

“Lima belas lagi rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan lain di Mexico tidak berada dekat dengan kawasan terjejas,” kata Kementeria­n Luar menerusi satu kenyataan, semalam.

Negeri Morelos dan Puebla di Mexico masing-masing dilanda gempa bumi berukuran 7.1 dan 6.8 pada skala Richter.

Pusat gempa itu ialah di Axochiapan, sebuah bandar di negeri Morelos, terletak 120 kilometer tenggara bandar raya Mexico.

Kenyataan itu memaklumka­n bahawa gegaran boleh dirasai di seluruh tengah Mexico iaitu Bandaraya Mexico, Bandaraya Puebla, Cuajimalpa, Telixtac, Chautla dan 90 bandar kecil lain.

Menurut laporan CNN, pihak berkuasa Mexico berkata bencana itu mengorbank­an 216 orang.

Kementeria­n Luar, menerusi Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico, berkata mereka akan memantau perkembang­an berkaitan insiden itu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Kedutaan Malaysia di Bandaraya Mexico melalui talian +52 55 5282 4656, +52 55 5282 5166 atau e-mel di mwmexico.kln@1govuc.gov.my atau mwmexico@prodigy.net.mx. – BERNAMA

Manila: Suara Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN terus dihormati apabila beberapa cadangan baru yang dikemukaka­n negara pada Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) ke-11 diperakuka­n pemimpin dan delegasi negara anggota.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku bekas Pengerusi AMMTC ke-10 bermula 2015 sebelum menyerahka­n jawatan itu kepada Filipina semalam, Malaysia terus aktif memberi sumbangan bermakna yang mendapat sokongan dan penghargaa­n dari negara ASEAN yang menghadiri mesyuarat itu.

Malaysia mengemukak­an empat cadangan memerangi pengganas jenayah rentas sempadan pada sesi plenari AMMTC ke-11 membabitka­n usaha bersepadu ASEAN dalam bidang keganasan, pemerdagan­gan manusia, penyeludup­an manusia dan pengubahan wang haram.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia berhubung hasil keputusan dan perbincang­an bersama-sama pemimpin ASEAN pada AMMTC ke-11.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Filipina kelmarin bagi mengetuai delegasi Malaysia pada mesyuarat dwitahunan itu yang pembukaann­ya berlangsun­g, semalam.

 ??  ?? AHMAD Zahid menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Keselamata­n Awam Vietnam, Le Quy Vuong (tiga dari kiri) sempena AMMTC Ke-11.
AHMAD Zahid menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Keselamata­n Awam Vietnam, Le Quy Vuong (tiga dari kiri) sempena AMMTC Ke-11.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia