Harian Metro

Sedia sebarang kemungkina­n

-

Sabak Bernam: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkina­n jika berlaku fenomena air pasang besar yang berlaku mulai semalam.

Pengerusin­ya, Mohd Khairuddin Md Som berkata, pihaknya menerima arahan persediaan bencana daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berhubung perkara berkenaan.

Menurutnya, ketika ini tiada pemindahan dilakukan membabitka­n penduduk terutama yang menetap di kawasan berisiko tinggi.

“Bagaimanap­un, agensi keselamata­n diminta sentiasa bersiap-siaga di jabatan masing-masing dan memberi maklum balas cepat jika berlaku bencana,” katanya, semalam.

Mohd Khairuddin berkata, agensi keselamata­n juga diminta melakukan rondaan berkala dan pemantauan di kawasan berisiko tinggi.

“Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga sudah memantau sistem perparitan dan benteng pesisir pantai supaya berada dalam keadaan baik,” katanya.

Katanya, tiga pusat pemindahan berisiko tinggi dijangka dibuka sebagai persedian fenomena itu pada bulan depan.

Beliau berkata, pada tarikh sama, Bilik Gerakan Bencana Daerah juga beroperasi 24 jam bermula jam 2 petang.

Orang ramai yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut boleh menghubung­i Unit Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam di talian 03-32241963 atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sabak Bernam di 03-32241794.

 ??  ?? FENOMENA air pasang besar di Bagan Nakhoda Omar masih belum berlaku semalam.
FENOMENA air pasang besar di Bagan Nakhoda Omar masih belum berlaku semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia