Harian Metro

Prosedur suami rujuk isteri

- Kemusykila­n Syariah Bersama Suriany Awaludin

 Pasangan perlu mohon pengesahan daripada mahkamah syariah

Saya pernah melafazkan cerai terhadap isteri dengan nama penuhnya sekali tetapi saya dan isteri tidak melaporkan atau mendaftark­annya di pejabat agama Islam.

Beberapa hari selepas itu, saya dan isteri berbaik semula dan melakukan hubungan suami isteri. Adakah gugur talak dalam keadaan pertama itu dan jika gugur, bagaimana pula status rujuk saya dan isteri? Adakah rujuk kami sah tanpa membuat laporan di pejabat agama?

Ingin tahu Kuala Lumpur

Perceraian boleh dilakukan dengan lafaz soreh

(jelas) dan lafaz kinayah (sindiran). Begitu juga perceraian boleh dilakukan dengan talak raj’ie atau talak ba’in.

Lafaz soreh adalah lafaz diucapkan suami yang boleh difahami suami itu menceraika­n isterinya dan tidak bermaksud perkaraper­kara lain seperti ‘Aku talakkan engkau’ atau

‘Aku ceraikan engkau.’

Jika suami melafazkan sedemikian dalam keadaan yang tidak sengaja atau bergurau atau bermainmai­n, maka talak tetap jatuh.

Sebagaiman­a disebutkan dalam satu hadis diriwayatk­an Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiga hal yang apabila dikatakan dengan sungguhsun­gguh akan jadi dan apabila dikatakan dengan main-main akan jadi juga iaitu nikah, talak dan rujuk.”

Bagi kinayah pula adalah kata-kata yang mengandung­i makna talak dan selainnya seperti perkataan: ‘Pulanglah kepada keluargamu’ dan yang sama maksudnya.

Jika suami mengatakan lafaz itu tidaklah jatuh talak kecuali jika diikuti dengan niat, maknanya jika ia berniat talak, maka jatuhlah talak itu dan jika tidak, maka tidak jatuh talak.

Rujuk pula adalah keadaan di mana suami yang melafazkan talak ke atas isterinya kembali semula kepadanya ketika dalam tempoh idah.

Tempoh idah bagi seorang wanita adalah tiga kali suci daripada haid bagi talak rajie.

Suami hanya boleh merujuk semula bekas isterinya sekiranya isteri diceraikan dengan talak satu atau talak dua (talak rajie).

Ini berdasarka­n Surah al-Baqarah ayat 229:

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah rujuk memegang terus (isterinya) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan­nya dengan cara yang baik.”

Berdasarka­n Seksyen 51 (8) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WilayahWil­ayah Persekutua­n) 1984, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi pasangan yang ingin merujuk.

1. Suami hendaklah melafazkan niat untuk merujuk bekas isterinya.

2. Bekas isteri perlu memberikan persetujua­nnya ke atas rujuk itu.

3. Suami perlu membuat permohonan ke mahkamah syariah untuk mendaftark­an rujuk.

4. Mahkamah akan mengeluark­an perintah supaya pasangan yang bercerai hidup semula sebagai suami isteri.

Selepas proses rujuk lengkap, barulah suami boleh kembali kepada bekas isterinya. Terdapat dua perkara penting dalam proses rujuk iaitu lafaz niat rujuk oleh suami dan persetujua­n daripada isteri.

Seorang suami tidak boleh menganggap rujuk akan terjadi secara automatik kerana itu kemahuanny­a. Isteri haruslah bersetuju ke atas rujuk berkenaan.

Sekiranya isteri tidak bersetuju maka tiada rujuk bagi pasangan berkenaan. Suami juga tidak boleh memaksa bekas isterinya rujuk semula dengannya.

Apabila pasangan yang bercerai rujuk semula, mereka harus melaporkan­nya ke mahkamah syariah.

Ini bagi memastikan rekod mengenai perceraian dan rujuk adalah betul dan tidak timbul apa-apa syak wasangka akan status perkahwina­n seseorang.

Menurut jumhur ulama yang empat iaitu Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’e dan juga Imam Ibn Hanbal, rujuk hanyalah berkesan jika niat rujuk dilafazkan secara terang dan jelas.

Tetapi, terdapat perbezaan pendapat antara keempat-empat mazhab mengenai sama ada rujuk boleh berlaku berikutan hubungan kelamin.

Menurut Mazhab Syafi’e yang diterima pakai di Malaysia, hubungan kelamin tidak dianggap sebagai memenuhi syarat untuk rujuk walaupun suami mengadakan hubungan kelamin dengan niat untuk rujuk semula dengan isteri.

Bagi Mazhab Syafi’e, niat rujuk mestilah dilafazkan atau dibuat secara bertulis. Apa yang perlu dan patut dilakukan sekarang adalah pergi ke mahkamah syariah yang berhampira­n dengan tempat tinggal untuk memohon pengesahan mahkamah mengenai lafaz cerai yang berlaku dan seterusnya rujuk berkenaan. Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia