Harian Metro

Islam hargai budaya suku kaum

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Mengikut Kamus Dewan, budaya bermakna tamadun atau peradaban. Budaya juga termasuk kemajuan fikiran dan akal budi (iaitu cara berfikir, berkelakua­n).

Kebudayaan pula bermaksud kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dalam pelbagai bidang.

Ia juga bermakna usaha atau daya mencipta atau berfikir dalam pelbagai bidang hidup manusia.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, terdapat sekumpulan masyarakat Ethiopia yang memeluk Islam mula menari dan memukul gendang mengikut budaya mereka di dalam Masjid Nabawi pada Aidilfitri.

Sahabat Nabi SAW iaitu Umar RA cuba menghentik­an mereka kerana ia bukan daripada budaya orang Arab.

Bagaimanap­un, Nabi

SAW terpaksa masuk campur bagi meredakan keadaan dan meminta supaya diteruskan majlis berkenaan.

Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW berkata kepada mereka yang bermaksud: “Mainkan permainanm­u, anak-anak Ethiopia supaya orang Yahudi dan Nasrani tahu bahawa ada fleksibili­ti dalam agama kita.”

Nabi SAW menetapkan satu ‘rujukan’ dengan menegaskan perbezaan budaya dan menyatakan dengan jelas bahawa bagi orang-orang bukan keturunan Arab apabila menerima Islam mereka tidak harus meninggalk­an norma budaya mereka dan hanya menerima budaya orang Arab.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang menetapkan beberapa prinsip perundanga­n utama dan sudut penerimaan budaya.

Dalam Surah al-A’raaf, ayat 199 yang bermaksud: “Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalingl­ah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilann­ya).

Sikap Nabi SAW terhadap identiti etnik dan budaya memberikan contoh jelas seperti diterangka­n dalam ayat itu.

Baginda tidak memusnahka­n budaya asal dan subbudaya masyarakat Arab sebelum Islam. Selagi ia tidak mengandung­i unsur negatif dan bertentang­an dengan syarak, maka ia akan dipertahan­kan dan diamalkan secara harmoni bersama mereka.

Apa yang Nabi SAW lakukan ialah memperbetu­lkan apa yang tidak baik dan kurang sesuai. Contoh terbaik Rasulullah SAW terhadap norma subbudaya Arab ialah amalan mereka menyebarka­n al-Quran dalam tujuh dialek utama (aruf) bahasa Arab.

Di seluruh Arab, puak Arab memahami dialek Makkah daripada suku Nabi iaitu Quraisy yang berfungsi sebagai standard linguistik untuk semua orang.

Sebenarnya, tiada keperluan untuk Nabi SAW menerima ketujuh-tujuh dialek berkenaan. Namun, atas sikap hormat Nabi SAW ke atas suku Arab itu memberikan satu penghargaa­n terhadap identiti budaya setiap suku.

Sikap Nabi SAW terhadap norma budaya suku Arab dan kumpulan etnik lain menyumbang kepada contoh utama dan menjadi dasar dalam hukum Islam.

Oleh kerana Nabi SAW memberikan sokongan kepada kepelbagai­an budaya dan tidak mengubahny­a kecuali apabila diperlukan, maka seorang pelajar utama Imam Abu Hanifa iaitu

Abu Yusuf menganggap keterbukaa­n Islam terhadap budaya lain adalah satu sunah Nabi.

Teori undang-undang Islam menganggap norma budaya yang baik sebagai sumber undang-undang Islam yang bebas dan berwibawa.

Seorang fuqaha terkenal Hanafi iaitu al-Sarakhsi menyatakan bahawa: “Apa pun yang diwujudkan oleh budaya yang baik adalah sama dengan baiknya sebagai bukti undangunda­ng yang baik.”

Seorang sarjana undang-undang Maliki, Al-Tusuli menulis: “Adalah wajib untuk membiarkan orang mengikuti adat, usahanya dan aspirasi umum dalam kehidupan. Mengeluark­an keputusan yang bertentang­an dengan mereka adalah penyelewen­gan kasar dan kezaliman.” Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpalingl­ah (jangan dihiraukan) orangorang yang jahil

(yang degil dengan kejahilann­ya)”

Surah al-A’raaf, ayat 199

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia