Harian Metro

Jalin kerjasama bantu operasi banjir

-

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia akan menjalinka­n kerjasama dengan ahli badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara sebagai rakan strategik mereka.

Ketua Pengarah

NADMA Datuk Abd

Rashid Harun berkata, pembabitan rakan strategik itu bertujuan membantu pasukan penyelamat dalam menjalanka­n tugas operasi khususnya pada musim banjir.

“Sehingga semalam, kami mengadakan pertemuan dengan 100 ahli daripada pelbagai NGO di Kuala Terengganu dan semua mereka akan disatukan menjadi satu pasukan manakala NADMA bertindak sebagai penyelaras,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup latihan persediaan menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut di Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kubang Badak, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Che Adam

Abd Rahman.

Beliau berkata, berdasarka­n dan laporan Jabatan Meteorolog­i dijangkaka­n beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor akan dilanda banjir pada pertengaha­n November depan.

Menurutnya, ramalan itu berikutan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku pada pertengaha­n bulan depan, November dan Disember ini yang menyebabka­n pertembung­an air laut dan sungai.

 ??  ?? ABD Rashid
ABD Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia