Harian Metro

Banjir di Alor Gajah kian pulih

-

Keadaan banjir melanda beberapa kawasan dalam daerah Alor Gajah semakin pulih apabila hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam, di sini, masih dibuka.

Ketua Sekretaria­t Jabatan Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, setakat jam 6 petang semalam, PPS berkenaan menampung seramai 47 mangsa daripada lapan keluarga.

“Dua PPS masing-masing di Balai Raya Kampung Tanjung Rimau Luar ditutup pada jam 2.15 petang hari ini (semalam) manakala PPS Balai Raya Kampung Panchor ditutup jam 10.15 pagi semalam (kelmarin).

“Mangsa belum dibenarkan pulang kerana paras air di kawasan kediaman mereka belum surut walaupun keadaan cuaca hari ini (semalam) agak baik,” katanya.

Menurutnya, tiga pusat pemindahan dibuka bagi menempatka­n 122 mangsa terdiri membabitka­n 10 keluarga, sekumpulan pelajar dan tenaga pengajar dari Madrasah Tahfiz Ainur Syukriah di Kampung Panchor, Durian Tunggal, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia