Harian Metro

Jari kelengkeng ‘ditelan’ tombol pintu

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

Shah Alam: Lelaki berusia 24 tahun menahan sakit lebih sejam selepas jari kelengkeng­nya tersepit pada tombol pintu sebuah pangsapuri, jam 11 malam kelmarin.

Kejadian berlaku ketika lelaki itu yang menuntut di sebuah universiti mahu membaiki tombol pintu dengan memasukkan jari kelengkeng­nya ke dalam tombol terbabit.

Bagaimanap­un, jari terbabit tersekat dan dia kemudian menghubung­i bomba untuk meminta bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.19 malam sebelum anggotanya dikerah ke lokasi di Pangsapuri Rimba.

“Kami menggunaka­n playar untuk melepaskan jari mangsa. Operasi berakhir jam 12.31 tengah malam.

“Jari mangsa turut luka akibat tersepit,” katanya.

“Ada lembu perut terburai dan ada yang patah tulang tengkuk,” kata saksi dikenali sebagai Azman, 40, ketika menceritak­an kejadian tujuh lembu mati bergelimpa­ngan selepas dirempuh lori tangki di Jalan Pintas Bahau-Rompin dekat Bandar IOI, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam, sekawan lembu dipercayai keluar dari ladang sawit berhampira­n lalu melintas di jalan berkenaan.

Azman berkata, dia yang baru tiba di lokasi melihat tujuh lembu bergelimpa­ngan termasuk ada yang hancur dipercayai digilis lori.

“Orang ramai mula memenuhi lokasi kejadian dan ada yang cuba mengalih haiwan itu ke tepi jalan bagi mengelak dirempuh kenderaan lain,” katanya yang kesal dengan tindakan pemilik membiarkan haiwan ternakan berkeliara­n. Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superinten­dan Azham Shah Azlan berkata, kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 54 tahun dari Pasir Gudang, Johor

 7 haiwan ternakan lintas jalan mati dirempuh lori tangki

menuju Serting, Bandar Seri Jempol.

“Sebaik tiba di lokasi, sekumpulan lembu melintas menyebabka­n pemandu lori terbabit tidak sempat mengelak lalu merempuhny­a, bagaimanap­un pemandu lori tangki itu tidak cedera,” katanya.

Difahamkan, bangkai haiwan terbabit dialihkan Majlis Daerah Jempol (MDJL) dan ditanam berhampira­n ladang sawit berkenaan.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MDJL Zazali Salehudin berkata, pihaknya akan bertindak tegas terhadap mana-mana pemilik haiwan ternakan yang berkeliara­n termasuk dirampas mengikut Seksyen 12 Undang-Undang Kecil Kawalan Lembu-Kerbau 1987.

 ??  ?? JARI mangsa yang tersepit pada tombol pintu dikeluarka­n anggota bomba.
JARI mangsa yang tersepit pada tombol pintu dikeluarka­n anggota bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia