Harian Metro

Anjakan

- Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Sindrom penafian dalam kalangan ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka memerlukan bantuan antara penyebab mengapa remaja di negara ini boleh terjerumus dalam kancah jenayah.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ramai ibu bapa hari ini menganggap anak remaja mereka tidak mempunyai masalah sedangkan hakikat sebenarnya lebih teruk daripada itu.

Kata beliau, dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh membiarkan anak sendirian dan menganggap anak remaja mereka sentiasa okey tanpa sebarang masalah luaran.

“Seharusnya, ibu bapa perlu sentiasa bertanya khabar keadaan anak remaja masing-masing dan duduk berbincang jika ada sebarang masalah yang dihadapi supaya dapat bersama-sama mencari jalan untuk membantu mengatasin­ya.

“Jika keluarga sendiri mengabaika­n mereka (remaja) maka wujud hubungan lebih erat dengan orang luar seperti rakan sebaya yang mendorong untuk mengikut apa yang dilakukan termasuk aktiviti jenayah yang di luar batasan fikiran normal manusia,” katanya ketika ditemui pada Program Dasar Warga Emas Negara 2017: Ceramah Peranan Remaja Dalam Menangani Jenayah Bagi Kelestaria­n Ke- merdekaan Malaysia bersama 529 pelajar sekolah menengah daerah Petaling Utama di TH Hotel, Kelana Jaya, semalam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Khairul Anuar dan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama, Azmi Misron.

Lee berkata, bagi menangani isu jenayah dalam kalangan remaja, semua pihak

 Ibu bapa perlu terima hakikat anak mereka bermasalah

perlu menjadikan tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h sebagai iktibar dan mengambil pengajaran berguna daripadany­a.

Kata Lee, insiden membabitka­n jenayah berat seperti itu perlu dibendung kerana jika dibiarkan, tidak mustahil ia akan berulang pada masa depan.

“Tragedi itu jelas membuktika­n ramai remaja hari ini memerlukan bimbingan kerana masalah yang berlaku berada di sekeliling kita.

 ??  ?? LEE (tengah) bersama peserta program.
LEE (tengah) bersama peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia