Harian Metro

Sasar RM4j bantu rakyat Syria

-

Kuala Lumpur: Syria Care menyasarka­n sumbangan RM4 juta menerusi Kempen Bantuan Musim Sejuk 5.0 (BMS5.0) tahun ini untuk diagihkan kepada rakyat Syria yang berdepan konflik berdarah di negara mereka.

Pengerusin­ya, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memfokuska­n kepada usaha mengintegr­asikan rakyat Syria serta meringanka­n beban mereka, pihaknya menyasarka­n kutipan sekali ganda tahun ini berdasarka­n peningkata­n jumlah pelarian selain kemusnahan prasarana akibat perang.

Menurutnya, kempen

tahun lalu mengumpulk­an RM2,070,775 atau AS$486,337.

Katanya, hasil kempen edisi kelima itu akan diagihkan November depan apabila Syria mula memasuki musim sejuk.

“Setiap sumbangan yang diterima, Syria Care akan mengedarka­n bantuan dalam bentuk pakaian, pemanas, kayu api serta gas di beberapa lokasi seperti Latakia, Barat Iblib, Timur Ghoutah, Timur Idlib, Selatan Damsyik, Homs dan Aleppo.

“Mengikut perancanga­n, seramai 4,600 keluarga akan mendapat manfaat daripada bantuan yang akan disalurkan nanti menerusi rakan kerjasama NGO di sana,” katanya dalam pelancaran BMS5.0, di sini, semalam.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurka­n sumbangan kepada Syria Care menerusi akaun CIMB Islamic bank 8601894560, Maybank (5621066535­75), RHB Bank (2611500002­1775) dan mendapatka­n maklumat lanjut menerusi Facebook Syria.Care atau hubungi 011-28809820.

Siti Sakinah berkata, rakyat Syria berdepan dua cabaran besar iaitu musim sejuk dan perang berterusan menyebabka­n sebahagian pendudukny­a terkepung serta tidak dapat keluar mencari bantuan.

 ??  ?? SITI Sakinah (empat dari kiri) bersama wakil NGO pada pelancaran misi kemanusiaa­n.
SITI Sakinah (empat dari kiri) bersama wakil NGO pada pelancaran misi kemanusiaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia