Harian Metro

Minda

-

“Peranan utama tentulah lebih kepada ibu bapa sendiri, namun masyarakat mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kerajaan tidak boleh lepas tangan begitu saja.

“Paling penting, jangan sesekali biarkan anak tercicir daripada persekolah­an kerana tanpa ilmu dan panduan, mereka akan mudah terjerumus dalam gejala tidak sihat termasuk jenayah serta dadah,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata, indeks jenayah (umum) yang direkodkan sepanjang tahun lalu adalah sebanyak 112,354 kes iaitu menurun berbanding 115,545 kes pada tahun 2015.

Katanya, remaja turut disaran menyertai Kelab Pencegahan Jenayah (KPJ) di setiap sekolah bagi mempelajar­i jalan terbaik untuk mengelak menjadi mangsa.

“Sehingga hari ini, terdapat hampir 10,000 sekolah menengah dan rendah di seluruh negara yang sudah mempunyai KPJ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia