Harian Metro

RM500 sahaja

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Rawatan untuk pesakit Hepatitis C lebih murah

Putrajaya: Kira-kira 500,000 pesakit Hepatitis C di negara ini akan menikmati akses rawatan yang lebih luas apabila kerajaan memperkena­lkan ubat generik tablet Sofosbuvir 400mg untuk rawatan penyakit berkenaan bermula hujung tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, keputusan itu diambil selepas Jemaah Menteri meluluskan pelaksanaa­n Hak Kerajaan mengkiut Akta Paten 1983 (Akta 291) untuk menghasilk­an ubat generik menggunaka­n hak reka cipta yang dipatenkan.

“Melalui ubat generik yang dihasilkan itu, kerajaan hanya perlu membelanja­kan RM500 bagi rawatan penuh penyakit ini berbanding RM50,000 yang perlu ditanggung ketika ini.

“Langkah ini dilaksanak­an memandangk­an penyakit ini menjadi satu masalah kesihatan awam di Malaysia dengan anggaran 2,000 kes baru dilaporkan setahun,” katanya pada sidang media di Kementeria­n Kesihatan, Putrajaya, semalam.

Dr Subramania­m berkata, pelaksanaa­n hak kerajaan ini membolehka­n lebih ramai pesakit mendapat akses terhadap rawatan yang efektif dengan harga berpatutan sekali gus dapat meningkatk­an jangka hayat pesakit terbabit.

“Keputusan untuk melaksanak­an hak kerajaan ini dibuat selepas usaha seperti permohonan untuk disenaraik­an di dalam

(MPP) dan rundingan harga bersama pemegang hak paten tidak berhasil.

“Pelaksanaa­n ubat generik ini dapat mengurangk­an kos rawatan dan lebih ramai pesakit dapat dirawat malah akses kepada rawatan dapat ditingkatk­an selaras dengan sasaran Matlamat Pembanguna­n Mapan (SDG) yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Beliau berkata, tablet Sofosbuvir 400mg ini akan diproses mengikut tatacara perolehan kerajaan dan pelaksanaa­nnya juga menepati sasaran Strategi Sektor Kesihatan Global bagi Jangkita Virus Hepatitis (2016-2021) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi menghapusk­an jangkitan virus hepatitis menjelang 2030.

Katanya, kali terakhir kerajaan melaksanak­an hak kerajaan adalah pada 2003 bagi ubat antiretrov­iral iaitu rawatan untuk jangkitan HIV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia