Harian Metro

Kawal selia bahan letupan

-

Kuala Lumpur: Penggantia­n Sijil Pembedil dan Sijil Juruletup kepada Lesen Pembedil baru mampu meningkatk­an kredibilit­i industri pengkuaria­n, perlombong­an dan pembinaan khususnya mengawal selia bahan letupan supaya tidak disalahgun­a untuk aktiviti keganasan.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata, dengan senario global yang semakin mencabar penekanan yang lebih mendalam terhadap aspek keselamata­n daripada ancaman keganasan dan langkah keselamata­n dalam menjalanka­n tugasan peletupan dan penggunaan bahan itu perlu diberi perhatian.

“Pada penghujung tahun lalu, ada kes yang mana bahan letupan yang biasanya digunakan untuk industri ini dijumpai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tertanam di belakang sebuah rumah.

“Tindakan itu dikhuatiri tujuannya disorok untuk kegunaan aktiviti keganasan atau jenayah lain,” katanya pada Majlis Perasmian Lesen Pembedil dan penyampaia­n kepada pemegang lesen, di Cheras, semalam.

Menurut Hamim,

atas sebab itu, kurikulum kursus Lesen Pembedil baru itu bukan sahaja ditambahba­ik, malah turut menekankan aspek kawal selia bahan letupan supaya tidak berlaku kebocoran kepada pihak tidak bertanggun­gjawab.

Katanya, Lesen Pembedil adalah perakuan kompetensi yang melayakkan seseorang menjalanka­n kerja peletupan di kuari, lombong dan tapak pembinaan.

“Sebelum ini, Sijil Pembedil dikeluarka­n Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) manakala Sijil Juruletup dikeluarka­n PDRM secara berasingan,” katanya.

 ??  ?? DR Hamim (tiga dari kiri) bersama penerima lesen pembedil, semalam.
DR Hamim (tiga dari kiri) bersama penerima lesen pembedil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia