Harian Metro

Jaja tender berbilion ringgit

-

 Sindiket tawar kontrak palsu guna tandangan menteri, kepala surat KKR

menjadi mangsa penipuan,” katanya semalam.

Dalam kenyataan itu, KKR memandang serius kes penipuan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab yang menggunaka­n nama KKR sebagai subjek dalam aktiviti jenayah penipuan mereka.

Katanya, modus operandi dikesan dengan menghubung­i mangsa melalui telefon atau surat palsu sebelum menawarkan kontrak tertentu sama ada kaedah rundingan terus atau tender daripada kementeria­n.

“Selain itu, ada kes yang menuntut mangsa membayar sejumlah wang untuk menjelaska­n cukai rasmi dan duti setem bagi meluluskan kontrak palsu yang ditawarkan.

“Kami turut mengesan individu menyamar pegawai KKR meminta memasukkan sejumlah wang ke akaun peribadi sebagai deposit membantu memproses atau mendapatka­n projek, kontrak daripada KKR atau Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Menurutnya, terbaru KKR mengesan penipuan membabitka­n nama Menteri Kerja Raya, penggunaan kepala surat rasmi KKR yang palsu dikesan dan digunakan suspek.

“Sijil palsu itu dipercayai disasarkan kepada kontraktor luar dan asing berdasarka­n kandungan sijil yang menyatakan mangsa perlu menjelaska­n cukai dan duti setem kerajaan. “KKR menyaranka­n orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada sekiranya menerima tawaran kontrak mencurigak­an daripada pihak yang mengaku wakil kementeria­n. Orang ramai boleh menghubung­i Unit Komunikasi Korporat KKR di talian 03-27714613 untuk mendapatka­n pengesahan dan laporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

 ??  ?? DOKUMEN palsu yang digunakan sindiket untuk memperdaya kontraktor.
DOKUMEN palsu yang digunakan sindiket untuk memperdaya kontraktor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia