Harian Metro

Penganggur dipenjara 25 bulan

-

Petaling Jaya: Seorang penganggur dipenjara 25 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya , di sini, semalam, selepas mengaku bersalah mencuri dan melupuskan harta curi iaitu beberapa unit komponen kenderaan.

Tertuduh, A Kathir Resan, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 15 bulan bermula hari ini terhadap Kathir Resan bagi kesalahan mencuri manakala penjara 10 bulan bagi kesalahan melupuskan harta curi dan hukuman itu berjalan secara berasingan.

Bagi pertuduhan mencuri, tertuduh didakwa mencuri 15 komponen kenderaan bernilai kira-kira RM3,000 milik Ho Chen Lip di stor simpanan barang alat ganti kenderaan, Seri Kembangan, dekat sini, jam 1.30 tengah hari, 10 September lalu.

Bagi pertuduhan melupuskan harta curi, dia didakwa melupuskan 11 unit komponen kenderaan di Seri Kembangan, jam 7 malam, pada tarikh sama.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah insaf.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman berat berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia