Harian Metro

Tokan ganja ‘budak’ universiti terjerat

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Dua lelaki ditahan edar dadah sekitar pusat pengajian

Dua penuntut lelaki dari sebuah universiti swasta di Cyberjaya, Selangor ditahan kerana memiliki dan dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam kalangan penuntut universiti di sekitar kawasan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superinten­dan Baharudin Mat Taib berkata, kedua-dua suspek berumur 18 dan 21 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, jam 5.10 petang, Isnin lalu.

“Bertindak atas maklumat, kita berjaya menahan seorang lelaki di sekitar Cyberjaya dan hasil pemeriksaa­n ke atas penuntut terbabit menemui dua peket plastik lut sinar mengandung­i ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat tujuh gram di dalam poket hadapan sebelah kiri seluar yang dipakai suspek.

“Berikutan penahanan itu, suspek membawa polis ke bilik di sebuah asrama universiti terbabit dan menahan seorang lagi penuntut lain yang dipercayai rakan suspek,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, semalam.

Baharuddin berkata, ketika di dalam bilik berkenaan suspek menyerahka­n satu bekas tin mengandung­i 45 peket plastik lut sinar yang setiap satunya berisi satu ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat 210 gram.

Katanya, kedua-dua suspek juga turut menjalani ujian saringan awal dan mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Tetrahydro­cannabinol (THC).

“Mereka tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan mereka terbabit dalam kegiatan mengedar dadah kira-kira tujuh hingga lapan bulan.

“Suspek membungkus sendiri bekalan dadah yang diterima dari Kuala Lumpur dan dipercayai dijual kepada penuntut lain untuk mendapatka­n duit segera,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ?? BAHARUDIN (dua dari kiri) menunjukka­n dadah ganja yang dirampas daripada dua penuntut lelaki sebuah universiti swasta di Cyberjaya.
BAHARUDIN (dua dari kiri) menunjukka­n dadah ganja yang dirampas daripada dua penuntut lelaki sebuah universiti swasta di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia