Harian Metro

20 cerun dikategori kritikal

-

Sebanyak 20 kawasan cerun di Selangor dikategori­kan sebagai kritikal dan memerlukan perhatian khusus.

Kawasan berkenaan berada di Kajang, Ampang Jaya, Selayang dan Hulu Selangor.

Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Wilayah Persekutua­n

Rosli Mohamed berkata, 20 kawasan itu adalah sebahagian daripada

1,000 cerun yang ada di Lembah Klang yang berisiko berlakunya tanah runtuh.

Beliau berkata, tindakan perlu diambil bagi mengelak tanah runtuh di kawasan kritikal terbabit.

“Beberapa kawasan ini dilihat sebagai kritikal dan memerlukan perhatian khusus.

“Justeru, pihak bertanggun­gjawab perlu bertindak sewajarnya bagi mengelak berlakunya tanah runtuh yang lebih besar,” katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Output Projek

Penghasila­n Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) di sini, semalam.

Peta Bahaya dan Risiko Cerun itu diserahkan kepada enam pihak berkuasa tempatan (PBT)

>> Kedua-dua suspek positif dadah jenis Tetrahydro­cannabinol

dan agensi iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor, Majlis Perbandara­n Sepang, Majlis Perbandara­n Ampang

Jaya, Majlis Perbandara­n Selayang, Majlis Perbandara­n Kajang serta Jabatan Perancanga­n Bandar Selangor.

Rosli berkata, dalam mengenal pasti tahap kawasan cerun itu, pihaknya menggunaka­n teknologi LAIDA bagi melihat serta menganalis­is data melalui pantulan cahaya.

“Ada dua punca tanah runtuh. Pertama, disebabkan cerun itu tidak dipotong sempurna dan keadaan kurang stabil.

“Kedua adalah faktor pencetus seperti hujan berterusan yang menyebabka­n tebing mengalami tahap ketepuan air tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia