Harian Metro

Tinggal anak empat hari lepas lahir

-

Kluang: “Ketika saya mengambil dia sebagai anak angkat, umurnya baru empat hari manakala ibunya menghilang­kan diri tanpa dapat dikesan hingga sekarang,” kata Seniah Emol, 60, yang menjejaki ibu kandung Adam Mukriz Azman Abdullah, 4, yang berada di bawah jagaannya.

Menurut Seniah, Adam yang dilahirkan pada 12 Januari 2013 di klinik swasta di Johor Bahru diserahkan wanita, Maznah Suleiman, 29, tanpa menyatakan sebab dia berbuat demikian.

Alamat terakhir wanita itu di No 4348, Jalan Jati 10, Bandar Putra, Kulaijaya, Johor, namun apabila dijejaki tidak lama selepas itu untuk mendapatka­n surat pengakuan penyerahan anak, wanita itu dikatakan tidak lagi tinggal di situ.

“Kini anak yang ditinggalk­annya kepada saya sudah berusia empat tahun dan dia dijaga dengan baik, malah dia diberikan kasih sayang seperti anak saya yang lain.

“Saya akan memastikan dia diberikan pendidikan sempurna sehingga menjadi insan berguna,” katanya ketika menemui wartawan Harian Metro, semalam.

Seniah berkata, bagi membolehka­n semua itu dapat diberikan kepada Adam, dia mengharapk­an ibunya berhubung atau menemuinya bagi menyelesai­kan hal berkaitan penyerahan anaknya secara sah.

“Dengan adanya surat penyerahan secara sah itu nanti, ia juga membolehka­n saya memenuhi syarat dokumentas­i berkaitan anak angkat di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Maznah atau sesiapa yang mengenalin­ya diharap dapat berhubung dengan saya di talian 012-7598697 bagi memudahkan hal ini diuruskan dengan segera,” katanya.

Menurut Seniah, kegagalan urusan berkenaan menyebabka­n masa depan Adam tidak menentu kerana tiada dokumen untuk menguruska­n hal pendidikan dan kesihatann­ya.

 ??  ?? SENIAH bersama Adam Mukriz Azman.
SENIAH bersama Adam Mukriz Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia