Harian Metro

RM174,500 insentif atlet Sukan SEA

-

Sebanyak RM174,500 diperuntuk­kan kerajaan Johor sebagai insentif kepada 54 atlet kelahiran negeri itu yang menyertai Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Ke-29 (KL2017), baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor Datuk Zulkurnain Khamisan berkata, insentif itu diberikan sebagai penghargaa­n kepada atlet yang bertanding mewakili negara, sekali gus mengharumk­an nama Johor.

Katanya, 80 peratus atlet dari negeri ini yang dihantar mewakili kategori sukan masing-masing berjaya membawa pulang pingat.

“Pada Sukan Sea KL2017, Johor menghantar 54 atlet dan 45 daripada mereka membawa pulang pingat. Atlet kelahiran Johor menyumbang 18 pingat emas, 19 perak dan lapan gangsa.

“Insentif RM4,000 diberikan kepada pemenang pingat emas, RM2,000 pingat perak dan RM1,500 pingat gangsa.

“Penyampaia­n insenstif ini disampaika­n Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malam ini sempena perlawanan Liga Super antara Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kelantan di Stadium Larkin,” katanya pada Majlis Jamuan Teh dan Penyampaia­n Intensif Atlet Johor Sukan SEA KL2017 di Hotel Amari di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia