Harian Metro

Labur EUR1 bilion

Bayer bangun R&D aplikasi sistem pertanian digital moden dan teknologi tinggi

-

Pertanian digital dilihat sebagai masa depan dalam penghasila­n makanan dan ia bukan sesuatu yang mustahil dalam kalangan petani kecil.

Presiden Bahagian Sains Tanaman Bayer AG Liam Condon berkata, pertanian digital membolehka­n pengusaha ladang mendapat hasil tanaman lebih tinggi pada kos lebih rendah dan sumber sedikit.

“Jika sebelum ini penggunaan jentera berat diperlukan untuk mengusahak­an dan menguruska­n tanaman, namun pertanian digital hanya memerlukan beberapa peranti untuk memantau keseluruha­n kawasan.

“Penggunaan telefon pintar dilengkapi aplikasi bersesuaia­n dan dron cukup untuk menguruska­n tanaman mereka.

“Melalui penggunaan teknologi, petani mengetahui jenis kerosakan yang berlaku, berapa banyak air diperlukan, baja bersesuaia­n dan kawasan tanaman yang memerlukan lebih perhatian hasil daripada

analisis data.

“Ia bukan saja menjimatka­n masa, malah membantu petani menguruska­n sumber dengan baik,” katanya

pada program Future of Farming Dialog

2017 anjuran Bayer, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, untuk membangunk­an sistem pertanian digital, Bayer bekerjasam­a dengan pelbagai pihak yang mampu menawarkan penyelesai­an khususnya daripada aspek teknologi.

“Untuk membangunk­an sistem yang lengkap, kami perlu bekerja dengan pihak lain memandangk­an setiap syarikat mempunyai kepakaran berbeza.

“Sistem ini berbeza untuk setiap petani kerana keperluan yang tidak sama bergantung kepada jenis tanaman, kerosakan dan keluasan ladang,” katanya.

Melalui Unit Sains Tanaman, Bayer membelanja­kan lebih EUR1 bilion setahun untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dengan potensi jualan digabungka­n untuk operasi seluruh dunia mencecah EUR5 bilion.

Melalui inovasi ditawarkan Bayer, jumlah pendapatan petani dicatatkan AS$90 bilion dan dijangka melepasi AS$100 bilion tahun ini.

Malah, Condon berkata, pihaknya dijangka menawarkan 15 lagi produk baru antara 2017 dan 2020 melalui R&D yang dijalankan bagi sektor pertanian.

 ??  ?? CONDON (empat dari kanan) bersama barisan pengurusan Bayer pada program Future of Farming Dialog 2017 di Monheim, Jerman.
CONDON (empat dari kanan) bersama barisan pengurusan Bayer pada program Future of Farming Dialog 2017 di Monheim, Jerman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia