Harian Metro

GTG lahir usahawan Bumiputera global

-

Kuala Lumpur: Program

Gate To Global (GTG) dijangka menghasilk­an usahawan Bumiputera bertaraf global dengan produk unggul yang boleh menembusi pasaran antarabang­sa.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, program itu bagi memberi pendedahan kepada usahawan mengenai kaedah pembanguna­n produk dan penjenamaa­n, strategi penembusan pasaran halal global termasuk bantuan pembiayaan modal.

“Melalui usaha ini, produk usahawan Bumiputera dinaik taraf menjadi usahawan global dengan produk diberikan sentuhan unik dan berdaya saing untuk dieksport,” katanya selepas merasmikan seminar pertama program GTG, di sini.

Beliau berkata, program dengan kerjasama Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), SME Corp dan Idea Institute itu memberi penekanan kepada usahawan dalam kluster makanan dan minuman (F&B) serta produk barangan pengguna mudah laris (FMCG).

Menurutnya, potensi pasaran usahawan Bumiputera negara gagal diterokai sepenuhnya atas pelbagai faktor seperti kekurangan pengetahua­n mengenai akses pasaran global, modal pusingan dan kapasiti pengeluara­n serta penjenamaa­n produk yang tidak mencapai piawaian antarabang­sa.

“Dengan produk dihasilkan, kami mahu usahawan terbabit menawan pasaran halal dunia yang mempunyai potensi luas kerana ketika ini hanya 23 peratus permintaan pasaran itu dapat diisi,” katanya.

Katanya, melalui program ini, MARA menyasarka­n sekurang-kurangnya 100 unit stok (SKU) baru dieksport menjelang tahun depan.

Beliau berkata, sehingga kini, MARA melahirkan lebih sejuta usahawan Bumiputera dengan 200,000 menerima pelbagai kemudahan pembiayaan perniagaan bagi membantu mereka terus berkembang.

Menurutnya, hampir 700,000 usahawan lagi dibangunka­n melalui pelbagai program latihan, pembanguna­n standard perniagaan, teknousaha­wan serta pemasaran dan penjenamaa­n.

 ??  ?? DR Awang Adek
DR Awang Adek

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia