Harian Metro

WorldRemit luas operasi di Asia

-

Syarikat pemindahan wang digital berpangkal­an di London, WorldRemit dilancarka­n di Malaysia bagi membolehka­n pelanggan melakukan pemindahan wang ke lebih 140 negara, semudah menghantar mesej segera, menggunaka­n aplikasi atau laman web syarikat itu. Dalam satu kenyataan,

WorldRemit berkata, syarikat itu diterima sebagai satu daripada empat peserta awal Sanbox

Kawal Aturan Teknologi Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Jun.

Syarikat itu juga mengumumka­n pelantikan Ridzuan Aziz yang memiliki pengalaman dalam nasihat pematuhan dan teknologi kewangan (fintech) sebagai Pengarah Negara.

WorldRemit berkata, model digital pertama mudah alih itu memperting­katkan standard keselamata­n dan pematuhan.

“Kini pengguna tidak lagi perlu ke pejabat fizikal ejen yang menyusahka­n dan memakan masa,” katanya.

Menurutnya, langkah itu menyaksika­n WorldRemit meluaskan kehadirann­ya di Asia dengan ketara meliputi Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Jepun sebagai negara penghantar.

Ia menyaksika­n pertumbuha­n luar biasa di Asia Pasifik (APAC) yang kini menyumbang hampir 25 peratus daripada semua transaksi dihantar

WorldRemit di seluruh

dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia