Harian Metro

Tambah produk

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Courts pelbagaika­n barangan jenama Mille

Courts Malaysia komited mempelbaga­ikan produk yang ditawarkan di rangkaiann­ya menerusi jenama Mille bagi memenuhi keperluan harian pengguna.

Pengarah Komersialn­ya Simon Ng berkata, jenama Mille dibangunka­n secara eksklusif untuk Courts oleh Milux Corporatio­n Berhad yang meliputi produk penjagaan diri dan perkakasan kediaman.

Beliau berkata, sejak jenama Mille dilancarka­n di Courts Malaysia, jualan bagi barisan produk berkenaan mendapat sambutan menggalakk­an apabila mencatatka­n jualan melebihi 100 peratus.

“Buat masa ini 18 jenis produk jenama Mille dijual di seluruh rangkaian Courts Malaysia dan dalam tempoh 12 bulan ini, kami akan menambah produk lain yang dapat membantu memudahkan aktiviti pengguna di rumah.

“Produk Mille boleh didapati pada harga serendah RM29 hingga RM559 dan semua produk itu ditawarkan pada harga berpatutan serta didatangka­n dengan jaminan sehingga tiga bulan untuk penggantia­n barang,” katanya pada majlis pelancaran Mille, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Milux Corporatio­n Ben Tan Chee How.

Ng berkata, antara 18 produk Mille yang ada di Courts Malaysia adalah seterika wap, pengering rambut, pengadun automatik, mesin basuh, pendingin hawa mudah alih, pengisar, kipas meja dan pembersih hampagas.

“Produk yang paling mendapat permintaan adalah periuk nasi,” katanya. Sementara itu, Courts Megastore Sri Damansara akan mengadakan pameran bergerak bagi menawarkan pelbagai produk yang akan dijual dengan harga promosi.

Pameran itu diadakan sehingga 8 Oktober depan dengan 30 pelanggan pertama yang membeli Air Fryer Mille akan mendapat First Pride nuget percuma.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web di alamat, www.courts.com.my.

 ??  ?? NG (dua dari kanan) pada pelancaran Mille, semalam.
NG (dua dari kanan) pada pelancaran Mille, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia