Harian Metro

Tambang promosi AirAsia Johor Bahru ke Macau RM129 sehala

-

Syarikat penerbanga­n tambang rendah, AirAsia menawarkan tambang promosi sehala termasuk semua daripada RM129 dari Johor Bahru ke Macau di airasia.com sehingga 1 Oktober depan bagi perjalanan antara 28 November 2017 hingga 21 November 2018.

Dalam satu kenyataan semalam, AirAsia berkata, laluan baru Johor Bahru-Macau yang akan beroperasi setiap hari itu adalah laluan ke-16 dari Johor Bahru dan laluan antarabang­sa ketujuh dari hab berkenaan.

Ketua Komersial AirAsia Spencer Lee berkata, laluan Johor Bahru-Macau adalah sebahagian pelan jangka panjang untuk mengembang­kan hab Johor Bahru sebagai hab serantau dan pintu masuk untuk pelancong perniagaan dan pelabur dari China ke selatan Malaysia.

“Selain Macau, kami sudah memperkena­lkan beberapa laluan baru dari Johor Bahru tahun ini seperti Johor Bahru-Kuala Terengganu, Johor Bahru-Langkawi dan baru-baru ini Johor Bahru-Kolkata sebagai bukti komitmen kami bagi mengukuhka­n hab berkenaan,” katanya.

Promosi berkenaan juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone dan Android serta laman mobile.airasia.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia