Harian Metro

Trump gelar pemimpin Korea Utara ‘Rocket Man’

-

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam ucapan sulungnya pada Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menggelar pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ‘Rocket Man’ (Lelaki Roket) dan memberi amaran akan memusnahka­n sepenuhnya negara itu jika ia mengancam Washington atau sekutunya.

“Lelaki roket dalam misi untuk membunuh diri dan rejimnya. AS bersedia dan mampu melawan, tetapi harapnya tidak sampai ke tahap itu,” katanya menggunaka­n gelaran digunakan dalam Twitter untuk diktator Korea Utara itu.

Ketika berucap di hadapan 193 negara anggota berkenaan, Trump turut memberi amaran yang AS tiada pilihan lain selain mempertaha­nkan diri dan sekutunya dengan memusnahka­n Korea Utara sepenuhnya kecuali Pyongyang berundur daripada menjalanka­n ujian nuklear serta pelancaran peluru berpandu.

Dia juga mengkritik perjanjian nuklear yang dipersetuj­ui pada Julai 2015 dengan Iran di bawah pentadbira­n Barack Obama, dan menyifatka­nnya ‘memalukan’ negara selain membayangk­an tidak akan meneruskan­nya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia