Harian Metro

Manfaat jus lemon

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Baik untuk kesihatan dan kecantikan semua peringkat usia

Di sebalik rasanya yang masam, buah lemon terkenal dengan kehebatan manfaatnya lebih-lebih lagi kepada kesihatan dan kecantikan daripada hujung rambut hingga hujung kaki.

Buah berwarna kuning itu mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan sesuai untuk semua peringkat usia.

Mudah didapati di pasar raya pada harga berpatutan mendorong buah lemon dijadikan sebagai pemangkin semula jadi yang ideal kepada tubuh manusia.

Berikut beberapa panduan berhubung manfaat buah lemon bagi mereka yang gemar menggunaka­n bahan semula jadi.

Jus lemon bertindak membantu penghadama­n dan merangsang hati untuk menyingkir­kan kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangk­an berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari.

Rambut nipis dan berkelemum­ur membuatkan kita hilang keyakinan diri. Banyak syampu sudah digunakan, tetapi tetap tidak berhasil. Mudah saja, urut lemon ke atas kepala supaya dapat melancarka­n peredaran darah, sekali gus merangsang pertumbuha­n rambut.

Jika dibiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencuci rambut, ia boleh mengurangk­an kelemumur dan rambut akan kelihatan lebih bersinar. Kebanyakan wanita ada mengalami masalah bawah ketiak dan siku hitam. Buah lemon mampu membantu memulihkan masalah itu.

Caranya, potong buah lemon dan gosokkan pada kawasan yang hitam. Ia juga boleh dilakukan pada kulit yang berbelang. Lakukan dengan konsisten supaya perubahan dapat dilihat dengan lebih ketara.

Buah lemon juga dikatakan mampu membantu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabka­n timbulnya jerawat.

Caranya, hanya sapukan jus lemon pada kulit berjerawat dan biarkan semalaman.

Bukan itu saja, ia juga boleh dijadikan pupur dengan mencampurk­an jus lemon bersama madu sebelum dilumur pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

 ??  ?? LEMON kaya dengan khasiat dan berguna kepada kesihatan serta kecantikan.
LEMON kaya dengan khasiat dan berguna kepada kesihatan serta kecantikan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia