Harian Metro

Herba

-

serai bermanfaat untuk menjaga sistem pencernaan selain aromanya membuatkan masakan lebih harum dan lazat.

Kunyit pula boleh diambil jusnya dan dicampur dengan sedikit madu dipercayai membantu men- cairkan kahak.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai pupur muka untuk mendapatka­n kulit wajah yang lebih berseri dan halus.

Penggunaan herba secara konsisten juga membantu sistem imunisasi tubuh kerana bahan berkenaan segar tanpa sebarang penggunaan campuran kimia seperti terdapat dalam ubat-ubatan mahupun makanan tambahan moden.

Pokok ulam raja misalnya, senang ditanam dan boleh tumbuh di halaman rumah atau di dalam pasu.

Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua kali sehari menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar dengan cepat.

Pada masa sama, tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di rumah bertingkat seperti flat atau apartmen.

Orang dulu memakan daunnya untuk melancarka­n peredaran darah serta menguatkan tulang.

Tidak hairanlah nenek moyang kita masih sihat walaupun sudah berusia 80 tahun kerana mereka mengamalka­n memakan tumbuhan herba berikutan ubat-ubatan dan makanan tambahan moden belum wujud lagi pada zaman dahulu.

 ??  ?? AIR rebusan serai bermanfaat untuk menjaga sistem pencernaan.
AIR rebusan serai bermanfaat untuk menjaga sistem pencernaan.
 ??  ??
 ??  ?? KUNYIT boleh dijadikan pupur muka untuk mendapatka­n kulit wajah lebih berseri dan halus.
KUNYIT boleh dijadikan pupur muka untuk mendapatka­n kulit wajah lebih berseri dan halus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia