Harian Metro

LEBUR REKOD 12 TAHUN

-

 James raih emas acara 100m kuak kupu-kupu S8, cerah peluang layak ke Sukan Komanwel

lapan terbaik dengan masa direkodkan dalam acara 100m kuak dada itu meletakkan dirinya kini di kedudukan keempat terbaik.

Ditanya mengapa memilih Australia sebagai pusat latihan biarpun terpaksa menggunaka­n perbelanja­an sendiri, James berkata dia mahu mencabar dirinya menjadi perenang terbaik kerana negara itu mempunyai jurulatih, tempat latihan dan persekitar­an terbaik di dunia.

James kembali ke tanah air minggu lalu demi merealisas­ikan impiannya mewakili negara di Para ASEAN dan dijadual kembali ke Australia, 2 Oktober depan.

Anak kepada pasangan Wong Chin Yuan dan Louise Bureau itu sudah menamatkan pengajian di University of Adelaide, Australia tahun lalu dan kini berkhidmat sebagai jurulatih di Kelab Renang Norwood selain berlatih sepenuh masa.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? JAMES meraikan kemenangan di garisan penamat.
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR JAMES meraikan kemenangan di garisan penamat.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia