Harian Metro

‘Emas milikku’

Ashraf buru pingat emas ketiga peribadi selepas ungguli dua acara

- Haika Khazi, Mohd Khairie Khalid dan Ferzalfie Fauzi bhsukan@bh.com.my & sukan @hmetro.com.my

Muhamad Ashraf Muhammad Haisham kini teruja untuk merangkul emas ketiga peribadiny­a selepas mengunggul­i acara 1,500 dan 800m lelaki T46.

Justeru, Muhamad Ashraf berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan yang bakal turun beraksi acara 400m hari ini.

“Saya sebenarnya sukar tidur malam tadi kerana setiap kali pejam mata asyik terbayang pingat emas dan macam mana teknik larian yang bakal digunakan hari ini.

“Tapi, saya bersyukur kerana tetap menang emas dan pecahkan rekod,” katanya semalam.

Ashraf mencatat rekod baru Sukan Para ASEAN dengan catatan 4 minit 24.73 saat. Rekod sebelum ini dipegang Isidro Bildosola dari Filipina yang dicatat di Manila 2005.

Perak milik pelari Vietnam Tran Van Duc (4:25.25s) dan gangsa Erens Sabandar dari Indonesia (4:33.76s).

Mengimbau kembali kenangan di Singapura dua tahun lalu, Ashraf berkata dia gagal menang emas kerana kesilapan teknikal dan tidak tahu teknik betul untuk menjarakka­n diri dengan pelumba lain.

“Semasa bersaing dalam acara 1,500m di Singapura saya tidak tahu teknik berlarin yang betul.

“Jadi pelari lain hanya mengekori saya dengan rapat sebab sebelumnya saya sudah menang emas 800m dan apabila dekat garisan penamat mereka terus memecut untuk memintas,” katanya.

Justeru Ashraf berkata dia akan cuba melakukan yang terbaik untuk menang emas 400m nanti.

Menurutnya, dia mengambil tiga tahun untuk membiasaka­n diri untuk berlari dengan sebelah tangan selepas tangan kirinya terpaksa dipotong akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.

“Dalam tempoh tiga tahun saya menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan termasuk buku lali retak tiga kali tapi sekarang saya sudah selesa berlari dengan satu tangan,” katanya.

 ?? FOTO: ?? ASHRAF (depan) mengetuai pelumba ketika acara akhir 1,500m kategori T46, semalam.
FOTO: ASHRAF (depan) mengetuai pelumba ketika acara akhir 1,500m kategori T46, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia