Harian Metro

Noor Iasah, Hafiz hadiah emas, perak untuk negara

-

Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin dan suami Muhammad Hafiz Abu Bakar menghadiah­kan satu emas dan perak menerusi acara 400 meter wanita T20 dan lontar peluru lelaki (5kg) F36/F37 semalam.

Siti Noor Iasah menang emas selepas mencatat 60.86 saat, manakala Hafiz meraih perak dengan 438 mata.

Kejayaan itu membolehka­n Siti Iasah mempertaha­nkan emas dimenangin­ya sejak 2007.

“Saya memang lega kerana mencapai sasaran menang dua emas menerusi acara 400m dan 800m wanita T20 semalam (kelmarin).

“Tambahan pula saya berdepan saingan hebat peserta Indonesia dan Thailand,” katanya.

Siti Noor Iasah berkata, emas dimenangin­ya akan dikongsi dengan suami dan anaknya sulung Nur Iman Qaisarah serta keluarga terdekat.

Dia yang mula berkenalan dengan Hafiz sejak 2009 mendirikan rumah tangga setahun selepas Sukan Asia Guangzhou, China.

Sementara itu, Hafiz berkata dia amat bangga dan gembira kerana kejayaan isterinya menang dua emas untuk kontinjen Malaysia.

Hafiz berkata, kemenangan itu amat bermakna dan menjadi pengubat duka selepas hanya menang perak dalam acaranya.

“Biarpun saya hanya menang perak kerana saingan sengit peserta Indonesia yang menang emas tapi saya tetap berterima kasih kepada isteri yang sentiasa memberikan sokongan,” katanya.

 ?? FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI ?? NOOR Iasah raih emas didukung suaminya Hafiz.
FOTO: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI NOOR Iasah raih emas didukung suaminya Hafiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia